adsense

27 July, 2007

Kanak-kanak 12 tahun merompak



Posted on Monday, July 23 @ 11:44:01 MYT by webmaster
Petikan Akhbar Sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh rakyat sebelum ini...

Akhbar Sinar Harian @ Terengganu hari ini (Isnin: 23 Julai 2007) melaporkan:

KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dipercayai turut terlibat bersama empat penjenayah lain dalam kejadian rompakan sebuah rumah kedai di Kampung Banhoe, Cerul, Kemaman, lewat malam kelmarin.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan Khairi Ahrasa berkata, pihaknya mengesyaki perkara itu berdasarkan keterangan penecaman yang dibuat mangsa terbabit ketika membuat laporan di Balai Polis Air Putih, jam 9 pagi semalam.


Bagaimanapun katanya, sehingga kini pihak polis masih meneruskan siasatan mengenai laporan mangsa dan tindakan lima penjenayah terbabit yang bertindak memecah masuk ke dalam rumah mangsa.


Manurut Kahiri, mengikut laporan yang dibuat, kejadian berlaku pada jam 3.15 pagi ketika mangsa, seorang lelaki berumur 47 tahun sedang nyenyak tidur bersama isteri dan anggora keluarga yang lain.


"Mangsa kemudiannya tersedar apabila dikejutkan oleh salah seorang lelaki dan tergamam setelah mendapati kelima-lima suspek berada di hadapan mereka dalam keadaan bertopeng," katanya kepada pemberita, di pejabatnya di sini semalam.


Sinar Harian semalam melaporkan sebuah keluarga mengalami detik cemas apabila rumah kedainya dimasuki lima perompak bersenjatakan parang dan bertindak mengacukan senjata berkenaan kepada isteri mangsa, Rosnan Awang, 49.


Menurut Khairi, perompak berkenaan kemudiannya mengacukan sebilah parang pendek kepadsa mangsa dan isterinya sebelum bertindak mengumpulkan ahli keluarganya di dalam sebuah bilik tidur.


"Suspek seterusnya mengikat mangsa bersama lima daripada 10 orang anaknya menggunakan kain cadar yang terdapat di dalam bilik tersebut sebelum bertindak menggeledah rumah berkenaan dalam jangka masa kira-kira satu jam," ujarnya.


Kahiri berkata, dalam kejadian tersebut mangsa mengalami kerugian kira-kira RM28,350 termasuk tiga utas gelang emas, lima pasang subang, dua bentuk cincin emas, lima utas rantai, dua bentuk cincin perak, sebuah jam jenama Orado serta enam buah telefon bimbit berjenama Nokia.


"Selain itu, suspek turut berjaya melarikan wang tunai RM2,000 serta beberapa karton rokok Dunhill dan Gudang Garam yang disimpan di dalam rak barangan runcit di kedainya," ujarnya.


Menurutnya, perompak terbabit dipercayai memasuki rumah mangsa dengan cara memecahkan gerigi tingkap sebelum salah seorang daripadanya membuka selak pintu dapur yang membolehkan suspek yang lain masuk.


"Berdasarkan loghat percakapan, semua suspek disyaki berasal daripada negara jiran dan kumpulan tersebut dipercayai melarikan diri dengan menggunakan sebuah kereta menuju ke arah Kuantan, Pahang.


"Sehingga kini pihak polis sedang memburu kelima-lima suspek terbabit dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 392/395 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata," ujarnya.

1 comment:

Anonymous said...

Ada sekeluarga yg suka merompak kat Kg. Bukit Lanjan. Semua org kampung tau mereka suka buat perkara mcm ni. Budak yg 12 thn dalam keluarga tu pun selalu merompak terutama sekali mencuri motor. Dah berkali2 dah masuk lokap tapi paling lama pun beberapa bulan je. Kumudian, dilepaskan kembali. Mcm mana nak banteras jika polis tak ambil serius. Sepatutnya budak tu kena hantar sekolah juvi.

Blog Widget by LinkWithin