adsense

25 July, 2007

Senario Pendidikan



Pengasuh Kanak-kanak Tua
Andaikata,

Kalau murid ponteng - biarkan
Kalau murid berdating - biarkan
Kalau murid bercumbu-cumbuan - biarkan
Murid tak buat kerja sekolah -biarkan
Murid lepak - biarkan
Murid tidur dalam kelas - biarkan
Murid bising dalam kelas - biarkan
Hatta murid berzina sekalipun - biarkan
Murid minum arak - biarkan


Ah,

Cikgu, tak kan pegang tangan perempuan tak boleh - Anak lelaki

biasalah tu, kata mak ayah


Ah, cikgu tak kan berdua-duan di tempat sunyi tak boleh.
Itu dah perkara biasa sekarang.


Sebetulnya dunia pendidikan sekarang amat mencabar. Kalau cikgu tidak
mahu ambil risiko maka terjadilah perkara di atas. Sebabnya, kalau
cikgu beriya sangat, tentu risiko akan menemui cikgu misalnya cikgu
dimarahi mak ayah. Atau cikgu diminta mengadap ???


Kalau cikgu mengikut cara biasa. Setiap kesalahan akan direkod dalam
buku besar dan besarlah kepala murid. Ah, kita buat pun cikgu tak
marah.Cuma tanda dan terus tanda...maka jadilah cikgu sebagai tukang
catat. Sekeling kita, memang banyak kerja cikgu bukan mengajar tapi
tukang catat hatta nak pergi ke jamban pun
cikgu kena catat. Kalau tak
catat, anak murid lompat pagar. Kalau perut terkoyak, cikgu juga akan
disoal. Tuan hitunglah: Biasalah dalam satu hari lebih 30 orang murid
akan minta ke jamban dan cikgu mesti catat. Setiap orang pelajar ambil
masa 1 minit dan berapa minit dalam satu bulan kerja cikgu untuk
mencatat hanya untuk ke jamban. Itu belum lagi catat mencatat yang
lain.


Mungkin tuan-tuan kata itu kerja remeh-temeh tapi kami guru-guru mesti
melakukannya sebagai langkah untuk memantau anak murid jangan
terlangkah keluar. Kalau anak murid lompat pagar, kami juga akan disoal


Kadang-kadang terfikir juga - Apakah kerjaya cikgu sebagai pendidik
atau pengasuh kanak-kanak tua. Entahlah. Sama-sama kita renungkan
senario pendidikan zaman sekarang.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin