Maafkan saya kerana saya tidak bijak mengarang. Saya
bukan penulis. Apa yang saya yngin ceritakan pun
hanyalah tetang monyet, haiwan yang sering jadi bahan
sendaan kita, bukannya tentang wang, saham, barang
kemas, kekasih yang jelita mahupun banglo besar. Saya
tidak bijak bercerita tentang itu
Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk
mengunjungi rumah seorang saudara. Sewaktu kereta
melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di kuala Pilah, nun
di depan sana ,saya lihat ada sekumpulan monyet
mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti
terburu-buru untuk melintas.
Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin
hamper,saya terkejut kerana ada seekor monyet
menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah
sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan
brek dan memperlahankan kereta.
Kereta semakin hamper dan dada ini berdebar apabila
melihat monyet itu terus menggelupur dan
menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya
terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan
daging.
Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila
melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari
celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna
kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat
itu?
Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam
kandungannya!
Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar.
Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar
lagi. Begitu juga dengan anaknya, nyawanya melayang
sebelum sempat melihat wajah ibu.
Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan
belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera.
Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian
bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hamper saja
dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.
Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa
seekor monyet.
Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan,
tidak setaraf dengan manusiawi.
Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus
catatkan surat ini, kerana peristiwa yang saya
sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya
kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal
1990-an.
Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu,
saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di
hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat memburu,
tapi daripada bosan terperap di rumah, saya terima
ajakan bapa saudara saya tadi.
Masih saya ingat, beberapa jam berburu,matahari pun
sudah meninggi, tapi tiada seekor haiwan pun melintas
di hadapan kami. Pelanduk, napuh, rusa, ayam hutan dan
burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah
bersembunyai jauh dari kami. Hutan itu sepi.
Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula
kecewa. Hari kian beranjak petang, pak cik
menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pak cik, "Kita
balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada
habuan."
Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh
langkah, kami terdengar suara riuh-rendah di sebalik
pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya mengamati
suara itu, ternyata ia dating dari sekawan monyet yang
sedang memakan buah-buah hutan.
Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan
haiwan itu. Di bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman
yang saya faham benar maksudnya.
Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu?
"Haa. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak
ambil anaknya, nanti boleh bela," begitu jawapan pak
cik.
Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak
cik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya
gagal mengendurkan niatnya.
Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu,
"daripada balik tangan kosong? " lalu dia mengacukan
senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan ?
DAMMM!!!
Demi berdentum saja senapang, bercempera dan
lintang-pukang monyet-monyet tadi menyelamatkan diri.
Hutan itu riuh dengan bunyai ranting patah serta jerit
pekik haiwan berkenaan.
BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah.
Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan
kami. Saya dan pak cik terus mendapatkannya. Dari
perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak
mengerti apa-apa terlepas dari pelukan, tercampak
tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit.
Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah.
Ia cuba bangun dengan besusah payah sambil tangannya
mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya.
Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah.
Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi
lagi sambil berguling-guling ke arah anaknya. Si anak
yang baru pandai berjalan jatuh, bangun mendapatkan
ibunya.
Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan.
Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu
monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya
puas-puas, kemudian dicium berkali-kali.
Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan
susunya. Saya dan pak cik terdiam melihat si anak
mengisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang
perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit.
Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat
dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan
pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu menyelami
fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk
anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana
selepas ini ibu akan pergi.
Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau
kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek
kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.
Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami.
Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan
melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya.
Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas
memandang kami dengan pandangan sayu, mungkin ingin
menyatakan betapa kejamnya manusia.
Dosa apakah yang aku lakukan hungga aku ditembak?
Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah
ciptaan Allah ini?
Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga
dengan si anak yang masih di pelukannya. Beberapa
detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami
lihat si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya.
Perlahan-lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur
dari muncung senapang pak cik tadi tidak dapat
ditanggung lagi.
Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun
dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak
bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu
semula.
Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya
perhatikan pak cik, dia beberapa kali menggetap bibir
cuba menahan air matanya daripada tumpah ke pipi.
Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan
menggoncang-goncang tubuh ibunya, akhirnya air mata
kami tumpah juga. Saya betul-betul kesal dengan apa
yang berlaku.
Susana sunyai kembali. Si anak monyet itu kami rangkul
dan bawa pulang, Biarpun ia terus menjerit-jerit dan
enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati.
Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu
juga pak cik. Pada ketika itu saya dapat merasakan
betapa kejamnya kami kerana membunuh satu nyawa yang
tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang
hodoh, tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih
kepada anak, rasa saying kepada ibu. Tapi kita
manusia??
Mana hilangnya akal waras kami?
Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut
jejak ibunya. Pak cik memberitahu saya, anak monyet
itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja.
Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam, keadaannya
bertambah teruk, dan akhirnya mati.
Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa
tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya
agar mereka mengerti bahawa haiwan juga punya
perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah
satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal
fikiran.
Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan
sucinya kasih sayang ibu.
ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
07 August, 2007
Kisahh teladan monyet
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment