Posted on Tuesday, July 31 @ 07:28:39 MYT by greenboc
Oleh ramlisdar"
Kita nak sama mengembeling tenaga dalam mengembangkan Islam di
Sabah, tempat terasa jauh nya. Bagi yang tak dapat sama dengan ralan2 dalam usaha mengembangkan Islam in person, sekurang2 nya kita boleh membantu mereka dengan menyumbang pakaian, buku2 ugama, majalah ugama, risalah ugama, Quran dan Quran terjemahan dalam bahasa Melayu.
Pada yang tak dapat menyumbang barang2 tersebut kita boleh sama2 berdoa untok rakan2 kita ini, agar Allah mempermudahkan usaha mereka mengembangkan ugama Islam.
Dari Ustaz sattar: Pagi tadi saya sempat bersama beberapa orang penduduk kampung minoriti muslim yang saya ceritakan beberapa hari lalu. Mereka hanya 10 keluarga di kampung tu, selainnya ialah penduduk Kristian.
Mereka minta kami beri bimbingan agama kerana rata-rata mereka adalah convert Islam. Asas agama terlalu sedikit. mereka tak ada surau sebagai tempat belajar.
Kami dah bersetuju untuk membina sebuah surau di kampung ni dan akan beri bimbingan seminggu sekali bermula minggu depan. Perjumpaan pertama kami akan adakan di balai raya dan kami akan agihkan pakaian terpakai yang sahabat dermakan tu kepada mereka sebagai tarikan. Semasa perbincangan tadi juga, bersama kami ketua kampung (non muslim) dan dia begitu beri sokogan kerana ramai juga ahli keluarganya yang sudah peluk Islam.
Doakan kami agarkami dapat kekuatan an istiqamah dalam membimbing mereka.
Komen ramlisdar:
Insyaallah kami sedang dalam usaha mengumpol lagi pakaian, buku2 ugama, majalah ugama,risalah ugama, Quran dan Quran terjemahan dalam bahasa Melayu. Insyaallah akan menghantar semua collection ini, dengan bantuan seorang hamba Allah yang bermurah hati menanggong kos penghantaran, dengan kerjasama sebuah surau di Shah Alam(Sedang menunggu confirmation dari pengerusi surau tersebut)
Kepada rakan2 yang ingin sama berjihad dalam mengembangkan Islam pada non-muslim dan juga membantu new muslim convert, sila kumpulkan pakaian, buku2 ugama, majalah ugama,risalah ugama, Quran dan Quran terjemahan dalam bahasa Melayu. Supaya dapat kita hantarkan kepada rakan2 kita yang giat berusaha di sana dalam mengembangkan Islam.
Saya hanya dapat menerima barang2 dalam Lembah Klang sahaja, maaf pada yang di luar Lembah Klang. Akan diusahakan kemudian.
No comments:
Post a Comment