adsense

10 August, 2007

Kongsi Petua



1. Sapa yg rasa pijar kat tangan sbb makan sambal belacan ker, cili ker...sapu bhn berminyak/berlemak kat tpt pijar tu. Contohnya susu suam atau minyak masak. Klu tak tahan pedas pun sama. Minum susu atau mkn mknn yg mengandungi lemak. Sbbnya, bahan yg sbbkan pedas pada cili tu, nama dia capsicin. Bahan ni akan melekat kat kulit tp dia larut dlm bahan yg berlemak (serupa cam vit A,D,E & K). So, bila kita sapukan @ minum susu (jgn yg low fat lak) atau makan butter/marjerin/yogurt sket...rasa pedas akan cepat hilang.
2. Utk yg ada masalah kulit berminyak (yg takder blemish/jerawat)...yg dah puas pakai mcm2 produk tp still bermasalah jugak, campurkan tepung jagung dgn cuka & air sket, pastu sapu kat muka & biarkan dlm 15-30 minit. Pastu cuci dgn air suam. Cuka ni melarutkan sebum manakala tepung jagung lak akan menyerap minyak. Lepas cuci dgn air suam tu, sapu madu rata2 kat muka utk melembapkan kulit. Cuci dulu dgn air suam baru dgn air paip. Lebih elok klu stimkan muka sblm sapu mask tu. Cara2 ni amat berkesan utk mengurangkan minyak kat muka & mengurangkan bintik hitam sbb sy dah cuba. Bar 2 bulan tp mmg nampak sgt perbezaannya. Tp ni utk kulit yg betul2 berminyak sahaja. Klu kulit kombinasi, buat kat area T-zone jer. Klu ada jerawat sy tak pasti tp rasanya muka akan pedih sbb ada luka kan...
3. Lagi satu utk kulit berminyak jugak, bila cuci muka dgn pencuci muka yg biasa guna tu, campurkan dgn soda bikarbonat sket. Buat 2x seminggu. Asid dlm soda bikarbonat ni akan menanggalkan sel2 mati (omputih kata dermabrasion). Tp ni jenis mild (lembut) compare dgn glycolic acid atau bhn2 lain yg digunakan dlm produk2 penjagaan kulit. Sekali lagi, ni khas utk kulit berminyak jer.
4. Kegunaan bedak bayi. Bedak bayi sgt halus & biasanya takder boric acid. Jadi, amat sesuai utk menyerap minyak. Bg kulit jenis berminyak esp wanita la, sblm guna pressed powder tu sapukan muka sket dgn bedak bayi. Hasilnya, muka akan kelihatan kurang berminyak. Baju2 yang terkena kuah2 berminyak (gulai kari ker, minyak pd ikan goreng ker) letakkan bedak bayi pada tpt yg terkena myk tu & biarkan sekejap. Bedak tu akan menyerap minyak pada baju. Klu boleh, biarkan beberapa jam (selalu sy biarkan 1 mlm). Lps tu cuci mcm biasa. Sy ajar sorang ofc-mate sy (orang London). Dia teringin sgt nak makan kari kepala ikan bila org dok promote kat dia tp sekali tu, kuah kari terpercik kat baju putih dia (a few spots). Sy mmg simpan bedak baby tu kat ofis, so sy bg kat dia. 3 hari lps tu, dgn gembiranya dia bgtau baju dia langsung takder kesan walaupun dia biarkan 2 ari baru basuh. Dia pakai baju tu lg sbb nak tunjuk.
5. Utk lembutkan daging, selain dr masukkan daun nangka masa merebus (pd sapa2 yg susah nak dpt daun nangka) boleh letakkan sudu dlm periuk sms merebus. Sy ingat ni petua org2 tua kita jer tp org2 di Europe pun buat perkara yg sama cuma depa tak guna sudu tp senduk besi.
6. Sapa2 yg ada sinus, setiap kali mandi & amik wudhu' cuci hidung sebagaimana yg disunatkan. Cara ni boleh bersihkan hidung dr habuk2 & kuman2 yg terperangkap dlm hidung cuma hembus tu kena hembus dua lubang hidung sekali & jgn terlalu kuat sgt (utk mengelakkan air yg mengandungi kuman masuk ke rongga dlm telinga & sebabkan jangkitan dlm telinga pulak). Klu selsema pun buat ni selalu cepat baik. Tahi hidung pun payah nak lekat.. So, tak perlu la nak korek hidung... :-)
7. Air garam mmg byk kegunaan sbb boleh membunuh kuman. Sapa yg ada sinus, sure selalu dpt infection tekak... So, amalkan berkumur (gargle mcm guna listerin tu) dgn air garam beberapa kali sehari. Sy mmg amalkan setiap pagi & mlm. Simpan sebotol garam kat bilik air. Klu batuk & selsema pun, cepat baik klu diamalkan selalu. Air garam membunuh kuman yg ada dlm mulut & tekak. Lagi satu, wanita yg ada masalah keputihan..boleh amalkan rendam bhgn sulit tu dgn air garam sekejap & cuci dgn air garam. Buat at least 2x sehari atau klu dah baik, amalkan sekali sehari tiap2 hari utk mengelakkan jangkitan kuman yg menyebabkan keputihan.
8. Air milo @ koko klu terkena kat baju mmg susah nak hilang esp klu kena kain cotton mcm T-shirt. Caranya, bila terkena air milo @ koko, rendam baju dgn air susu suam (at least bhgn yg terkena jer). Biarkan beberapa jam & pastu cuci mcm biasanya. Cara ni berkesan klu baju tu baru kena la tp klu dah basuh atau dah lama, tak berapa berkesan sgt.
9. Cara mudah utk cepat naikkan roti (biasanya klu tutup dgn towel basah kena tunggu 1-2 jam baru uli semula @ bakar) ialah masukkan doh roti dlm oven & letakkan semangkuk air panas (klu air tu mendidih, biarkan antara 5-10 min sblm masukkan dlm oven). Dgn cara ni, roti akan naik cantik dlm masa 1/2 jam jer. Make sure air tak terlalu panas sbb bila suhu lebih 65degC (klu tak silap la) yis akan mati & roti akan bantat lak. Nak bakar, keluarkan dulu bekas roti tu, panaskan oven smpi suhu yg sepatutnya baru masukkan semula. Buat roti ni cantik klu ari panas.
10. Sapa yg rajin ke sauna, sblm masuk tu sapu olive oil pd rambut. Pastu cuci jer mcm biasa masa mandi lepas tu. Cara ni blh dptkan rambut yg kelihatan bermaya & berkilat.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin