adsense

10 August, 2007

Kopi cegah wanita cepat nyanyuk



Perlindungan sama tidak nampak pada lelaki


PARIS: Di sebalik pelbagai keburukan mengenai kafein yang didedahkan, ia sebenarnya membantu mencegah wanita tua berdepan masalah kurang ingatan, kata penyelidik.

Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, penyelidik Perancis membanding wanita berusia 65 tahun yang meminum lebih tiga cawan kopi sehari dengan mereka yang cuma minum secawan atau kurang sehari.

Mereka yang minum lebih kafein menunjukkan kurang penurunan dalam ujian ingatan dalam masa lebih empat tahun.

Kajian, yang disiarkan dalam jurnal Neurology, meningkatkan kemungkinan bahawa kafein mungkin dapat menghalang nyanyuk.

Keputusan tetap sama walaupun selepas faktor seperti pendidikan, tekanan darah tinggi dan penyakit diambil kira. Kafein ialah rangsangan psiko yang diketahui tetapi kajian menunjukkan kesannya mungkin lebih mendalam.

Bagaimanapun, ketua penyelidik, Dr Karen Ritchie, dari Institut Kebangsaan Perancis bagi Penyelidikan Kesihatan dan Perubatan memberi amaran supaya jangan terus membuat rumusan awal.

"Ketika kita mempunyai idea bagaimana ia berkesan secara biologi, kita perlu lebih faham bagaimana kafein memberi kesan kepada otak sebelum kita mula mempromosi pengambilan kafein sebagai cara mengurangkan penurunan kognitif.

"Namun hasilnya menarik - penggunaan kafein sudah pun meluas dan ia mempunyai kesan sampingan kurang berbanding rawatan lain untuk pengurangan kognitif, dan ia memerlukan jumlah kecil untuk kesan yang membawa faedah," katanya. – Agensi

No comments:

Blog Widget by LinkWithin