ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
11 February, 2008
Siarkan jenama produk laporan Harian Metro
Anak Halal
Sat | Feb 09, 08 | 1:02:34 am MYT
Saya berasa kagum dan puji kepada pihak Harian Metro yang berani buat pendedahan tentang produk tidak halal dalam keluaran beberapa hari belakangan ini. Mohon dinyatakan dengan jelas tanpa berselindung lagi tentang nama produk tersebut.
Sebelum ini pun akhbar tersebut ada membuat laporan tentang mee tapi tidak dinyatakan jenamanya. Apakah masalahnya untuk tidak dinyatakan jenama produk tersebut walhal sudah terang lagi bersuluh pembuatan barangan tersebut jelas haram dan tidak mendapat kelulusan Jakim.
Dalam laporan terdahulu pula, wujud laporan mengenai belacan yang dicampur dengan pewarna celupan baju. Tetapi, tidaklah dinyatakan akan jenamanya. Saya memohon agar pihak terbabit dapatlah memberi maklumat dengan jelas akan produk-produk dan jenama barangan tersebut tanpa berselindung lagi.
Tolonglah. Kasihanilah saudara-saudara Islam yang lain, bantulah mereka yang telah sekian lama tertipu dengan slogan dan logo halal palsu yang dimainkan oleh penipu-penipu itu. --- aba.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Saya sokong!!! Kenapa nak rahsiakan jenama dan syarikat yang menipu pengguna.Pengguna adalah kita semua.Kes ni berulang2 sbb pengeluar yang tak bertanggungjawab ni sentiasa dibela dan dijaga.Kita pengguna yang jadi mangsa.Jangan jadi pelindung kepada penipu!!
sokong 100%, memang patut pn bagitau nama produk tu..sbg penguna masyarakat berhak tahu produk apa yg halal dan tidak. jgn tanggung dosa dengan menyorokkan perkara yang benar.
..Mmg betul tu..siarkan saje jenama2 yg x mndpt kelulusan Jakim tu..buat pe nk d lindungi lg..ni semua utk kebaikan bg pengguna2 khususnya org Islam....
Post a Comment