POLIS kini memperhebatkan gerakan mencari seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an yang terdapat pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah rumah kedai ditempat penemuan mayat seorang kanak-kanak dalam beg pakaian yang disahkan Nurin Jazlin Jazimin
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata, berdasa rkan rakaman CCTV itu, seorang wanita dengan ketinggian antara 155sm dan 160sm dikesan mundar-mandir di kawasan tersebut kira-kira jam 2 petang pada hari berkenaan .
Polis telah menjemput media untuk menonton pita CCTV serta menyiarkan gambar wanita misteri itu dalam media cetak dan elektronik. Bagaimanapun, ia tidak berhasil berikutan masalah teknikal.
"Wanita itu memakai baju kemeja-T bewarna merah dan berseluar jeans biru serta berambut hit am paras bahu. Tidak lama kemudian, wanita tersebut dijemput sebuah Perodua Kenari berwarna Perak yang dipandu oleh seorang lelaki, oleh kerana kualiti rakaman CCTV itu kabur, polis tidak dapat mengesan nombor pendaftaran kereta tersebut.
"Kami merayu kepada wanita ini supaya menghubungi kami dengan segera kerana kami percaya dia boleh membantu siasatan dalam kes pembunuhan mangsa kanak-kanak itu,” katanya.
Terdahulu itu, polis telah menjemput media untuk menonton pita CCTV serta menyiarkan gambar wanita misteri itu dalam media cetak dan elektronik. Bagaimanapun, ia tidak berhasil berikutan masalah teknikal.
Dalam pada itu, Arjunaidi menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang menyatakan bahawa imej seorang pemandu kereta meletakkan sebuah beg sukan di premis itu dirakam dalam pita CCTV itu .
Sumber: klpos
No comments:
Post a Comment