adsense

26 September, 2007

BILA MAUT DATANG MENDADAK.......



Aku bimbang ..sangat bimbang ..
Bagaimanakah kalau besok..aku mati mendadak?
Sembahyangku masih
banyak..yang belum terqada'
Ingin membayar puasa yang tertinggal..m
asih belum aku bertindak
Hutangku masih berlambak-lambak.
Finance kereta-ku belum lagi lunas tertunai
Hutang bank rumah-ku masih belum selesai
Kewajipanku masih banyak
yang terbengkalai.

Aku bimbang..sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh
oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis
wajah
Atau ................. apakah aku akan dibelasah
oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?
Apakah aku dapat menahan sakit
Bila ular kubur datang
menggigit
Kerana sembahyangku yang amat sedikit.

Aku bimbang..sangat bimbang..
isyak masuk..ayah ke surau menyembah Allah
Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA,
Ayah bertasbih, bertahmid
.. berzikir memuji Tuhan
Aku terjerit2..MENYOKONG PESERTA REALITI TV TU.
Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan
Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang
Bagaimanakah nasibku..setelah dunia aku tinggalkan
?


Aku bimbang..amat bimbang..imanku masih terumbang-umbang
Ketika aku di dalam kubur..adakah orang yang akan mendo'akan ?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an
Buat meredakan siksa
kubur yang datang tanpa kasihan
Nasibku di bawah tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan ?
Hilang aku dari pandangan..hilanglah aku dalam kenangan.
Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan ?
Supaya di kubur nanti aku diberi
VIP Welcome.

Aku bimbang..sangat bimbang..amal ibadahku sangat berkurang !
WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang
Tinggalkanlah padang bola..TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke masjid seperti oranglain
Qada'lah sembahyangmu
yang tertinggal, bayarlah puasamu
Berhentilah menjadi sahabat syaitan
Agar hidupmu mendapat
keredhaan
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH

No comments:

Blog Widget by LinkWithin