ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
29 September, 2007
Kisah Temuduga Satu Soalan
Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu
permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.
Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut,
lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya
Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).
Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula
berkata,
"Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang
memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini"
Soalannya adalah: "Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?",
tanya CEO tersebut.
Calon pertama berkata,
"FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari"
"Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi.
"Kamu pula?", tanya nya kepada calon kedua.
"KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun,
mata kita dah berkelip", jawab calon kedua.
"Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut
SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu.
"Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga.
"Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan
tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas, jawab calon ketiga.
"Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?"
CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon
ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan
yang sangat bagus sebentar tadi.
"Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa
perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon keempat
dengan yakin sekali.
"Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu
boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?", CEO terkejut dengan jawapan
calon keempat tadi.
"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit
perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau
MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah.............."
Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat
berkenaan..............
hehehehehhe.............................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment