ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
26 September, 2007
Dah Kahwin ke belum?
Saya tanya dalam kelas - dalam kereta jika kita lihat
driver pandang ke kanan dan seorang wanita di
sebelahnya memandang ke kiri ... mereka dah kahwin ke
belum... mereka menjawab sudahhhhhh.
Jika anda lihat driver dan wanita sebelahnya itu
sembang sakan .. mereka dah kahwin ke belum .....
mereka menjawab belummmmmmm
"Pandaiiii. Tapi saya terkecuali tau... sebab saya
sembang sakan dengan isteri ketika memandu ...."
Saya pun hairan juga bila mendengar ada isteri yang
tak bersembang langsung dengan suami ketika memandu.
Agaknya dah tak ada perkara yang menarik perhatian
mereka bersama. Suami nak bincang mengenai tempat
kerja - si isteri tak tahu. Si isteri nak cerita
mengenai masalah kerenah dalam rumah - si suami tak
berapa nak ambil tahu. Ye tak ye... diam ajelah.
Ada seorang isteri tu merungut... suaminya tak pernah
basuh kereta.. ada sekali tu dalam tahun 1998 (kalau
tak silap saya). Masa tu saya ambil gambar buat kenang
kenangan. Sayalah yang basuh keretanya, ambil anak,
bayar yuran... dia tahu pergi kerja dan balik kerja.
Dia merungut kerana dah tak tahan. Nak complain pada
suami - takut kena marah... pendam ajelah perasaan
itu.
Ada suami bila balik kerja anak menikus naik atas -
takut dengan bapa ... bapa rupanya bukan jenis sembang
sembang dengan anak.
Yang menghairankannya si suami yang keras dengan
isteri, garang dengan anak - di pejabat lain pula
dengan setiausaha dan rakan sekerja ... beliau rupanya
seorang peramah - rajin bersembang dan seumpamanya -
walaupun di sana ada yang "consisten" - memang jenis
garang dan non-approachable di pejabat mahupun di
rumah.
Agaknya apa yang dikatakan "kebahgiaan" itu tidak
dapat dikecapi semasa berada di rumah. Rumah bukan
lagi bayangan seperti mana yang mula-mula diimpikan
sebelum berumah tangga. Si suami jangan salahkan
isteri atau sebaliknya. Setiap pihak kena mulakan
langkah.
Bagi para suami - seharusnya meneliti amalan yang
dibawa oleh Rasulullah bukan amalan yang diwarisi dari
datuk nenek moyang mereka:
"Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah
yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini
orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi
rumahku."
"Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan
orang yang mulia, dan tidak menghina akan
perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis
riwayat Ibnu `Asakir)
"Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara
yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka,
(maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai
sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan
yang banyak."
"Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada
seorang
(isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu
perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu)
ada lain perangainya yang is suka."(Hadis riwayat
Ahmad dan Muslim)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment