-BAGUS BACA NI.. BERGUNA TERUTAMANYA KPD ORG POMPUAN
asslmkum wrb & slmt berpuasa saya ucapkan kpd kawan-kawan semua.. Sedar tak sedar kita sudah berada di bulan Ramadan 1428H..
Saya sambung lagi artikel saya berkenaan penjagaan / penyelenggaraan kereta dan kini telah sampai bahagian ke 4.. Syukur Alhamdulillah kerana saya dpt menghantar artikel ini sbg maklumat dan panduan kawan-kawan semua.. Tak lama lagi ramai antara kita nak drive balik kampungkan..
SERVIS AIRCOND KERETA
Tahukah anda bahawa selain bahagian enjin kereta aircond atau penyaman udara kereta anda perlu diperiksa dan diservis setiap 2 hingga 3 tahun sekali.. Mungkin ada yang tidak tahu atau tidak pernah langsung menyelenggara aircond kereta kesayangan sejak dibeli 5 tahun lalu.. Tahu bila start enjin, on aircond & drive..
Apa yang pomen buat masa servis aircond kereta tu?
1. memeriksa kandungan gas aircond.. kalau sudah kurang perlu ditambah (Jenis gas aircond kereta yang diluluskan oleh Jab Alam Sekitar ialah R134 / R134A
2. cuci / bersihkan kekotoran dan habuk-habuk yang terdapat pada bahagian-bahagian aircond (spt cooling coil dsb)
3. memeriksa aircond compressor, tabung gas aircond - masih ok atau terdapat sebarang kebocoran
4. motor kipas aircond (aircond fan radiator) - masih berfungsi dgn baik atau sudah 'kong'
tanda-tanda aircond kereta perlu diperiksa / diservis
1. bila ON aircond enjin kereta terasa 'berat' (bukan berat sikit tetapi berat banyak)
2. bila ON aircond sekejap sejuk sekejap tak sejuk
3. bila ON aircond aircond fan radiator sudah berpusing dengan perlahan (tidak laju) atau kipas itu tidak berpusing langsung
biasanya selepas servis aircond ni kereta anda akan lebih fresh.. enjin pun ringan (masa on aircond)..
kos servis
kalau semua bahagian dlm keadaan baik cuma bersihkan habuk-habuk + tambah gas yang sudah berkurangan = tak sampai seratus pun. Kalau ada part yang perlu ditukar seperti motor aircond fan radiator, cooling coil atau terdapat kebocoran siap la ratus-ratus.. Kalau part2 semua dah out, memang kena tukar seketul (pakai aircond denso baru la) - tukar baru dlm 450 ++
kedai yang dicadangkan untuk servis aircond kereta
HENG WA AIR-COND SERVICE CENTRE
3003, Jalan Tun Razak,
50400 KL
Tel : 019 2136170 / 03 26980254
review pasal kedai servis aircond kereta ni http://www.protonclub.com/forumproccv6/viewtopic.php?t=816
Saya sebenarnya tidaklah pandai sangat pasal kereta ini.. Insyaallah sekadar apa yg saya tahu saya akan kongsikan dengan kawan-kawan semua..
di bulan yg mulia ini ambillah kesempatan utk menambah amal ibadah perbanyakkan sadaqah serta berlumba-lumbalah kita utk melakukan kebaikan kpd setiap makhluk Allah..
No comments:
Post a Comment