adsense

25 September, 2007

Sayangi anak-anak yatim ...



Laman web Yayasan Pembangunan Nurhikmah http://www.nurhikmah.org.my
Asalamualaikum wbt,

Bulan Ramadhan yang barakah ini menjadi bulan bagi semua umat Islam berlumba-lumba membuat kebajikan hingga ketahap maksima. Pihak yayasan menerima banyak jemputan bagi meraikan anak-anak berbuka puasa.

Selain dari berbuka puasa, anak-anak yatim juga perlu dihidangkan dengan makanan untuk bersahur. Yayasan Pembangunan Nur Hikmah pada tahun ini akan menyediakan makanan untuk sahur kepada lebih kurang 350 orang anak-anak yatim, miskin dan anak-anak terbiar di 5 buah rumah dan juga diluar rumah jagaan.
Rumah / Asarama jagaan yang sedang dibantu oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah adalah seperti berikut :
1. Rumah Jagaan Nurul Iman, Manjoi, Ipoh, Perak
2. Rumah Jagaan Darul Qana'ah, Gombak
3. Asrama Penyayang Nur Iman, Setapak, Kuala Lumpur
4. Rumah Jagaan Nur Hikmah, Kajang
5. Pondok Penyayang Raudah, Gombak
Perbelanjaan bagi setiap satu hidangan sahur untuk seorang kanak-kanak adalah dalam anggaran RM4.00 hingga RM6.00.

Yayasan Nurhikmah menjemput anda yang prihatin dan ingin berbuat kebajikan untuk menyumbang kepada TABUNG SAHUR anak-anak yatim , miskin dan anak-anak terbiar.

Anda boleh menyalurkan sumbangan melalui Tabung Sahur Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Masukkan sumbangan kedalam akaun MAYBANK : KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030 . Letakkan alamat email presiden@nurhikmah.org.my . Anda juga boleh menghantarkan SMS ke telefon 012-2968649 . Nyatakan nama dan jumlah yang dimasukkan.

Selain dari sumbangan diatas, kami juga menjemput anda untuk menghulurkan apa saja bentuk sumbangan, samada dalam bentuk wang ringgit, material atau tenaga sukarelawan. Sila berhubung terus ke email
presiden@nurhikmah.org.my untuk tujuan tersebut.

Kami Yayasan Pembangunan Nur Hikmah mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan dan sumbangan anda. Semoga Allah swt memberkati usaha-usaha kita.

Wasalam


RENUNGAN:

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya." Riwayat Ibnu Majah

Huraian

i) Penghormatan dan bantuan kepada anak yatim mestilah dijaga terutama mereka yang terdiri daripada keluarga yang susah kerana anak yatim begitu memerlukan perhatian yang sewajarnya dalam meneruskan kehidupan sebagaimana yang dirasai oleh anak-anak yang lain. Mereka begitu rindukan belaian kasih sayang dan juga keprihatinan semua pihak agar mereka turut gembira.

ii) Rasulullah s.a.w juga merupakan anak yatim di mana bapanya Abdullah meninggal ketika umurnya 2 bulan dalam kandungan. Manakala ibunya Aminah pula meninggal ketika baginda baru berumur 6 tahun iaitu ketika usia seseorang itu dahagakan kasih sayang seorang ibu. Datuknya Abdul Muttalib turut meninggalkan baginda ketika usia baginda 8 tahun.

iii) Allah turut menyebut bagaimana keadaan nabi dan bagaimana pula Allah membantu baginda sehingga menjadi pemimpin yang teragung. Firman Allah dalam ayat 6 - 11 surah ad-Duha yang bermaksud :

"Bukankah Dia yakni Allah mendapati engkau wahai Muhammad yatim piatu lalu Dia memberikan perlindungan. Di dapatiNya engkau mencari-cari jalan kebenaran lalu Dia memberikan petunjuk. Didapati-Nya engkau miskin lalu Dia memberikan kekayaan. Oleh itu, janganlah engkau mengasari anak yatim. Jangan engkau menengking orang yang meminta pertolongan. Maka hendaklah engkau menyebut-nyebut nikmat Tuhanmu sebagai tanda syukur kepadaNya."

iv) Islam melarang umatnya daripada mengkhianati dan menghina anak yatim. Tetapi hendaklah memastikan agar hak mereka dalam memiliki harta, ilmu dan kasih sayang sentiasa terjaga. Pastikan mereka lahir sebagai anak yang soleh yang mampu membantu ibu atau bapa mereka yang telah meninggal dunia kerana sesungguhnya membiarkan mereka bererti kita telah mengkhianati agama dan menghina mereka bererti kita turut membenci Rasulullah s.a.w yang juga merupakan anak yatim piatu. Oleh itu bimbinglah mereka ke jalan yang diredhai Allah dan jauhilah mereka daripada jalan kesesatan. Allah telah memberi amaran melalui firmanNya dalam Ayat 1-2 Surah al-Ma'un yang bermaksud : "Tahukah engkau tentang orang yang mendustakan agama. Dia ialah orang yang menindas serta berlaku zalim terhadap anak yatim !"
..................................................................................

Anda juga dijemput menyalurkan sebarang sumbangan melalui Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030 , letakkan alamat email presiden@nurhikmah.org.my.
-------------------------------------------------------
YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
No. Pendaftaran : 646393-A
No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,
Taman Mesra,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon / Fax : 03-87332411
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
AMARAN :
Pihak Yayasan Pembangunan Nur Hikmah tidak pernah melantik mana-mana pihak atau mengeluarkan surat kebenaran atau apa-apa surat rayuan kepada pihak ketiga bagi memungut derma atas nama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah atau Khidmat Nur Hikmah. Sebarang sumbangan hendaklah dibuat terus kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah samada melalui cek atau secara online ke Akaun Maybank 564306010030.
Sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila email kepada presiden@nurhikmah.org.my atau telefon 019-2158 827 (24 jam) .


No comments:

Blog Widget by LinkWithin