Wednesday, 26 September 2007 | |
Oleh Dr Mohd Hayati Othman DENGAN sedih dan pilu saya selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan Pas Kedah telah menziarahi Pondok Bandar Hilir Sik yang diberitakan terbakar awal sahur 22 September lalu. Pemergian saya ke sana penuh dengan rasa pilu kerana satu lagi pondok pengajian bakal lenyap di Kedah ini dengan terjadinya peristiwa begini kerana selama ini satu demi satu SAR yang di ambil alih tetapi sampai sekarang daripada 300 guru hanya 27 orang saja yang bergelar tetap yang lain semuanya sandaran. Sumbangan orang ramai amat dialu-alukan 40 buah pondok tradisional musnah dijilat api ranap menyembah bumi bersama-sama kitab mentalaah pelajar sehingga tinggal sehelai sepinggang. Akhirnya dengan rasa terharu dan sedih saya menyampaikan sedikit sumbangan kebajikan negeri ala kadar kepada mudir pondok dengan harapan mereka bersabar atas dugaan dan terus istiqamah meneruskan pengajian dipondok ini untuk melahirkan ulama yang takutkan Allah SWT dan bukan ulama suuk macam yang ramai kedapatan sekarang. Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui Lajnah kebajikan kepada Pondok 02001101006747 BIMB PAS KEDAH, Lajnah Kebajikan PAS KEDAH. tranungkite |
ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
26 September, 2007
Sumbangan diperlukan bina semula sekolah pondok terbakar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment