adsense

21 September, 2007

Sebab Johor Banyak Hutang



Johor dakwa hilang geran RM1 bilion punya hutang PDF Print E-mail
Thursday, 20 September 2007


MUAR: Kerajaan Johor terpaksa meminjam daripada Kerajaan Pusat bagi perbelanjaan pembangunan sehingga berhutang sebanyak RM655.88 juta setelah kehilangan geran bernilai lebih RM1 bilion berikutan penswastaan bekalan air 12 tahun lalu, kata Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman hari ini.


" Johor sudah tidak menerima bantuan geran sebanyak RM100 juta setahun dari Kerajaan Pusat sejak 12 tahun lalu. Pernyataan ini terkandung dalam persetujuan yang dicatatkan dengan kerajaan Pusat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Bilik Gerakan Pejabat Daerah di sini.

Beliau diminta mengulas laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan Johor berhutang sebanyak RM655.88 juta daripada Kerajaan Pusat.
Katanya perkara ini berbeza dengan negeri-negeri lain yang masih menerima geran daripada Kerajaan Pusat untuk operasi perbekalan air masing-masing


Abdul Ghani berkata 92.68 peratus daripada pinjaman Kerajaan Pusat itu digunakan untuk membiayai perbekalan air ke luar bandar oleh Syarikat Air Johor (SAJ).


Sebanyak RM87.7 juta dipinjamkan kepada Johor Corporation (JCorp), manakala RM100 juta dipinjam kerajaan negeri untuk membina rumah kos murah.


Katanya perkara ini berbeza dengan negeri-negeri lain yang masih menerima geran daripada Kerajaan Pusat untuk operasi perbekalan air masing-masing.


Abdul Ghani berkata selain daripada dibelanjakan untuk bekalan air luar bandar, pinjaman juga dibuat untuk membina loji air baru di Semanggar di Johor Baharu yang menelan belanja RM300 juta.


" Dengan pembinaan loji air itu, kita tidak lagi bergantung kepada bekalan air bersih yang diproses oleh Singapura untuk pengguna-pengguna air di Johor Baharu," ujarnya.


Beliau berkata semua pinjaman yang digunakan untuk projek bekalan air SAJ itu akan terhapus apabila semua aset dan tanggungan SAJ dipindahkan kepada sebuah syarikat pengurusan air yang tubuhkan Kerajaan Pusat dalam tempoh setahun lagi.


" JCorp akan menyelesaikan hutangnya mengikut tempoh bayaran balik yang ditetapkan, manakala kerajaan negeri akan menyelesaikan sendiri pinjaman RM100 juta bagi membina rumah kos rendahnya," katanya.Bernama

No comments:

Blog Widget by LinkWithin