ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
29 March, 2007
Isu Hangat: Ribena didenda dakwa mengandungi vitamin C
WELLINGTON 27 Mac - Pengeluar produk kesihatan antarabangsa,
GlaxoSmithKline
hari ini didenda RM546,000 (NZ$217,000) kerana iklan yang mengelirukan
selepas dua pelajar sains mendapati minuman kodialnya yang popular,
Ribena
sebenarnya tidak mengandungi vitamin C.
Syarikat multinasional itu mengaku bersalah atas 15 dakwaan menyiarkan
iklan
yang mengelirukan antara tahun 2002 hingga 2006.
Pengakuan itu dibuat dalam saman yang difailkan oleh sebuah badan
pemerhati
pengguna, Suruhanjaya Perdagangan selepas sebuah projek sains sekolah
pada
tahun 2004 mendedahkan dakwaan palsu tersebut.
Ribena telah lama dijual sebagai minuman kesihatan berdasarkan iklan
yang
mendakwa jus buah beri itu mengandungi lebih banyak vitamin C daripada
jus
oren.
Iklan GlaxoSmithKline di negara ini mendakwa jus Ribena yang sedia
diminum
mengandungi tujuh miligram vitamin C bagi setiap 100 mililiter.
Bagaimanapun pelajar sekolah tinggi, Anna Devathasan dan Jenny Suo yang
ketika itu berusia 14 tahun mendapati Ribena hampir tidak mengandungi
sebarang vitamin C selepas menguji minuman berasaskan sirap itu sebagai
sebahagian projek sains mereka pada tahun 2004.
Hakim Mahkamah Daerah Auckland, Phil Gittos mendenda GlaxoSmithKline dan
mengarahkan syarikat itu untuk membetulkan iklannya selain menyiarkan
mesej
berkaitan di laman webnya. Kedua-dua pelajar terbabit turut hadir di
mahkamah bagi mendengar keputusan tersebut.
"Kami berasa agak bangga dan begitu teruja. Sekiranya kami tidak
melakukan
ujian sains itu tiga tahun lalu, Ribena mungkin dipromosikan
selama-lamanya
sebagai kaya dengan khasiat vitamin C," kata Devathasan kepada National
Radio.
Devathasan berpendapat denda yang dikenakan sepatutnya lebih tinggi
kerana
GlaxoSmithKline adalah sebuah syarikat yang mengaut keuntungan berbilion
dolar.
Pengerusi Suruhanjaya Perdagangan, Paula Rebstock menyifatkan kedua-dua
remaja itu sebagai sumber inspirasi sebenar kepada semua orang di
suruhanjaya itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment