adsense

18 March, 2007

Isu Hangat: Saya tidak hairan



KUALA LUMPUR 16 Mac – Gadis dari Rusia, Olga Vadimovna Vasilevskaya
membuktikan beliau hebat apabila menewaskan peserta Malaysia dalam
pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan
Perdana
Menteri 2007, di sini malam ini (Utusan Malaysia).

Saya tidak berasa hairan dengan berita seumpama ini. Dari satu sudut
yang lain, tidak kah kita berasa MALU apabila ada bangsa asing yang
begitu berjaya memertabatkan bahasa kita sedangkan kita sendiri
memperlekehkannya dengan penggunaan bahasa yang "lebih pasar dari
sebuah pasar"? Lihatlah gaya bahasa anak-anak muda kita masa kini,
baik dari segi perbualan mahu pun apabila berinteraksi di internet.
Anak-anak muda adalah harapan bangsa yang bakal menerajui negara
pada
masa hadapan. Sudah tentu dengan mudah bangsa asing menonjolkan diri
dengan bahasa kita. Sementara saya masih sempat berpesan, ingatlah!!
JANGAN SAMPAI SUATU HARI NANTI BAHASA KITA DITERAJUI OLEH ORANG
BUKAN
BANGSA MELAYU DALAM MEMBENTUK HALA TUJU KEMAJUAN ATAU KEMUNDURANNYA.
INGATLAH!.

Kita tidak tahu mungkin sekelumit usaha kita itu boleh membuahkan
hasil yang menggunung. Ingatlah wahai anak bangsa...

Wassalam

No comments:

Blog Widget by LinkWithin