ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
20 March, 2007
Santapan Jiwa:HATI LELAKI
Subject: HATI LELAKI...
Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan
seseorang. Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu
penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan
membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya
turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya.
Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Didalam
hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. Alangkah tak malunya lelaki
ni.....dah la tak mintak dari aku....makan sama banyak dengan aku pulak
tu...Pencuri! !!! rungut wanita itu dalam hati. Dalam pada itu lelaki itu
dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut
yang terakhir terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari
lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu
dipatah
dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu.Wanita itu menjadi begitu
marah namun dia tetap menahan dirinya dari mememarahi lelaki itu.
Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya
yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya. Berani sungguh lelaki ni.
Memang muka tak malu. Pencuri besar.
Kedua- dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki
pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas
dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia
sampai ditempat duduk nya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang.
Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut
berada di dalam begnya masih elok belum terbuka.
Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan
tadi.....Ya ...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu.
Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu
telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir
biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.
Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana
bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia
menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.
Moral 1: Oleh itu...jangan makan biskut masa tunggubas/keretapi/ kapalterbang.
..makan benda lain.
Moral 2: Lelaki lebih cool semasa makan biskut berbanding perempuan... .hahahaha
Moral 3: Jika tak nak kongsi biskut ngan org lain, kongsi lah citer nih ngan
diaorg...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment