ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
21 March, 2007
Isu Hangat : Remaja dakwa ditumbuk Datuk K
Oleh RUHAIDINI ABD KADIR dan NORASMIAH RABAAN
KUALA LUMPUR 20 Mac - Seorang remaja, Muhammed Kasheef Harris, 18, hari ini mendakwa dia ditumbuk oleh Datuk Khalid Mohd. Jiwa, suami kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.
Muhammed Kasheef yang mendakwa dirinya rakan karib kepada anak kedua Khalid, Muhammad Adib, 17, membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada pukul 2.30 petang ini.
Dalam laporan dua muka surat itu, remaja terbabit mendakwa mata kirinya lebam selain cedera pada mulut serta rahang akibat ditumbuk Khalid yang lebih dikenali sebagai Datuk K.
Kejadian itu dikatakan berlaku di rumah bekas isteri ahli perniagaan itu, Tengku Zawiyah Tengku Izham, di Bukit Antarabangsa dekat sini pada malam Sabtu lalu.
Akibat kecederaan tersebut, dia mendakwa telah menerima rawatan di Klinik Antarabangsa di sini sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur sehari selepas kejadian itu.
Menurut Muhammed Kasheef, dia ke rumah Adib selepas menerima dua mesej Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) daripada rakannya itu.
''Saya tiba di rumah Adib yang terletak tidak jauh dari rumah saya di Bukit Antarabangsa pada pukul 11.18 malam selepas dia hantar dua SMS merayu saya ke rumahnya,'' kata remaja itu ketika ditemui Utusan Malaysia selepas membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Daerah Polis Dang Wangi.
Muhammed Kasheef yang ditemani bapanya, Harris Abdullah, seorang ahli perniagaan, dan ibunya, Shahin Akhtar, seorang peguam, mendakwa sebaik sahaja dia masuk ke rumah dan bersemuka dengan Datuk K, suami penyanyi Siti Nurhaliza itu bertindak membuat beberapa tuduhan melulu terhadapnya.
Muhammed Kasheef mendakwa Datuk K yang tidak puas hati dengan penjelasannya telah bertindak menumbuk muka dan badannya beberapa kali.
Katanya, kejadian itu disaksikan oleh dua pengawal peribadi Datuk K, Adib dan seorang lagi rakan mereka, Faiz Rashidi.
Dalam pada itu, ibu bapa Muhammed Kasheef melahirkan kekesalan atas kejadian yang berlaku memandangkan persahabatan akrab antara Muhammed Kasheef dan Adib telah terjalin sejak 10 tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abd. Rahman ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian tersebut.
''Kes ini telah dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang kerana insiden itu berlaku dalam kawasan Ampang,'' katanya.
Respons Datuk K
KUALA LUMPUR 20 Mac - Datuk Khalid Mohd. Jiwa atau Datuk K menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan terhadap dakwaan beliau menumbuk seorang remaja, Muhammed Kasheef Harris.
Ahli perniagaan berusia 48 tahun itu mengakui menemui Muhammed Kasheef pada hari kejadian tetapi menafikan dakwaan beliau bertindak menyerang remaja itu.
''Memang saya suruh anak saya, Adib panggil dia ke rumah untuk menjelaskan beberapa perkara tetapi saya tidak menumbuknya.
''Saya tidak tahu apa niat dia atau pihak lain (membuat laporan polis). Biarlah polis siasat perkara ini,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini malam ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan polis yang dibuat oleh Muhammed Kasheef, 18, yang mendakwa dia ditumbuk oleh Datuk K, suami kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.
Ditanya mengenai tujuannya memanggil remaja terbabit ke rumah, Datuk K mendakwa, beliau bimbang dengan perubahan sikap anaknya yang kerap keluar malam sejak kebelakangan ini.
''Anak saya kerap keluar malam sedangkan tahun ini dia akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Tambahan pula mereka bukan sebaya,'' katanya.
Datuk K mengakui beliau telah meminta remaja terbabit supaya tidak mengganggu Adib.
Muhammad Adib merupakan anak kedua daripada empat cahaya mata hasil perkongsian hidup Datuk K dengan bekas isterinya, Tengku Zawiyah Tengku Izham.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment