ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
27 March, 2007
Info Hangat: Tayar haus punca kenderaan bergetar
Tips : Tayar Haus Antara Punca Kenderaan Bergetar
Ada ketikanya pemandu kereta tidak selesa apabila stereng yang dipegang bergetar
dan tidak stabil kerana berat ke sebelah kiri atau kanan. Lebih merisaukan
apabila seluruh badan kereta ikut bergetar.
Apabila berhadapan dengan keadaan ini, antara sebab utama kerosakan yang berlaku
diberi perhatian termasuk tekanan tayar depan terlalu rendah atau ukurannya
tidak sama, kehausan tayar depan tidak sama, kehausan atau kelonggaran sambungan
sistem kemudi atau kotak gear stereng bergoyang, penyelarasan jajaran roda depan
kurang tepat dan roda depan tidak seimbang.
Jika menghadapi masalah seperti itu pemandu dan penumpang pasti tidak selesa,
lebih-lebih lagi jika sedang dalam perjalanan jauh. Untuk itu, punca kerosakan
dan getaran perlu diketahui. Apabila memandu kenderaan penumpang atau trak,
terutama trak kecil diatas jalan kasar atau rosak, biasanya akan terasa ada
goncangan sehingga stereng perlu dipegang dengan kuat. Namun demikian, anda juga
dapat merasakan adanya getaran atau goncangan pada stereng dan badan kenderaan
walaupun keadaan jalanraya datar dan baik, pada suatu kelajuan antara 70
kilometer sejam (kmj) dan 80km.
Keadaan sebegini dinamakan 'shimmy'. Jadi, jika berhadapan dengan keadaan begini
mula-mula periksalah tekanan tayar depan, keadaan sistem kemudi atau skru roda
depan. Kemudian periksa kehausan tayar depan, sebaik-baiknya masih mempunyai
rusuk bunga dengan tebal sekurang-kurangnya 2mm.
Gunakan tayar baru untuk perjalanan keluar bandar. Ada kemungkinan getaran yang
berlaku boleh dihilangkan apabila tayar yang sudah haus diganti dengan tayar
baru atau setelah tayar kiri-kanan ditukar kedudukannya. Namun demikian, jika
getaran masih terasa juga, sebaiknya pemeriksaan dilakukan dengan lebih teliti
kerana dibimbangi kerana disebabkan kehausan atau kelonggaran pada sistem rod
kemudi dan sistem gantungan depan; atau kerana penyelarasan penjajaran roda
depan yang kurang tepat hingga menyebabkan roda tidak seimbang.
Untuk memeriksa dan membuat pembaikan bagi masalah berkenaan diperlukan alat dan
kemahiran. Roda tayar dilengkapi satu alat pengimbang. Alat itu menunjukkan
letak dan besarnya pengimbang yang harus dipasang pada rim roda.
'Shimmy' boleh terjadi apabila roda tidak dikunci dengan baik pada tempatnya,
atau rod gandar tidak segaris dengan lubang pada roda. Jadi, banyak faktor yang
boleh menyebabkan 'shimmy'; beberapa kesalahan dapat diperbaiki dengan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment