adsense

22 March, 2007

Sengal Gusi: Paku Pontianak



Cherita ni kawan dapat dari sepupu kawan kat Melaka, Kg. Gadek
kira-kira 4 minggu yang lepas ... kesahihan yg tiada kepastian .....

Satu malam tu, adala sorang mamat sedang menunggu durian jatoh

disebuah pondok burok, tunggu punya tunggu maka ternampak lah dia satu

lembaga terbang lalu minum air yang terdapat dilopak berhampiran,

dibiarkan saja ia berlalu kerana dia kesaorangan .Keesokkan harinya,

diceritakanlah kepada rakan-rakannya. Kat situ ada lah pulak seorang tua

terdengar lalu berkata, "kenapa tak ambil paku dan cucukan padanya, pasti ia

akan bertukar menjadi wanita yang cantik dan kau bolehlah

mengawininya..", sambil memberi mamat tu sebatang paku sepanjang 6 inci.


Keesokan malamnya mamat tu menunggu durian lagi, maka

terjadilah apa yang disangkanya macam malam lepas, pontianak itu pun turun

lagi untuk minum air dilopak tersebut, dengan segera pemuda tu berlari

lalu mencucokkan paku di dibelakangnya, pontianak itu terbang dengan suara

yang agak kesakitan tambah menyeramkan. Terpinga-pinga pemuda tersebut

melihatnya.....


Maka keesokan hari, dia memberitahu orang tua tu perkara berlaku, lantas

dia ditegur oleh ! orang tua tu kerana pemuda tu tersalah cucuk paku,

(yang sepatutnya di cucok ditengah ubun-ubun kepala pontianak itu. Tapi

mamat tu pergi cucuk ditengkoknya, apa lagi, meraungla dia...!)



Malam itu ditunggunyalah lagi mamat tu ditompek biaso, pondok durian,

sambil berharap malam tu akan berhasillah usahanya itu. Tapi agak sekian

lama ditunggunya (agaknya pontianak tu lambat pasal nak cabut paku

semalam tulah kot....!). Jenuh jugalah dia menunggu, maka hampir terlelaplah dia, tetiba datanglah pontianak itu, jeng..!

jeng..! jeng..!



Dengan ghairah dan berani sekali diajukanlah paku itu di

tengah-tengah

kepala pontianak t! u untuk mencucoknya. TAPI dengan tak

disangka-sangka,

pemuda tu tergaman seketika lalu lari lintang pukang......!



Kenapa pulak....??? Sipontianak pulak bila lepas minum lalu

terbang dengan senang hati sambil ketawa mengilai-ngilai .Keesokan

harinya,pemuda tu mengeloh panjang sambil mengadu didepan orang tua

tu, kerana tak dapat mencucok paku dikepala pontianak dan harapannya

untuk kawin dengan perempuan cantik musnah, hampeh dan buang karan

jer........!!!!



"Apo sobabnyo jang...?", orang tua itu bertanya pada pemuda tu.

"Pak cik nak tahu sobabnyo.................! Poie tengok

dibawah sana haaa...!! Frah, den..!"



bawah lagi sikit









lagi......













lagi dan....

















lagi.......




































PONTIANAK TU PAKAI HELMET LAH......!!

Laaaaa.........

No comments:

Blog Widget by LinkWithin