adsense

27 March, 2007

Isu Hangat: 6 MLM Durjana Disiasat



PUTRAJAYA: Enam syarikat jualan langsung tempatan yang mempunyai rangkaian antarabangsa, disiasat kerana dipercayai menyalahgunakan lesen untuk mengendalikan perniagaan berbentuk skim cepat kaya.
Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Pembangunan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Iskandar Halim Sulaiman , berkata semua syarikat itu mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit setiap tahun.Katanya, siasatan awal mendapati dalang kegiatan berkenaan berpangkalan di luar negara dan taktik mereka ialah melantik syarikat tempatan sebagai ejen mengembangkan perniagaan di negara ini.“Semua syarikat itu dikesan membuat penipuan dengan mengubah pelan pemasaran asal yang mereka kemukakan ketika memohon mendapatkan lesen syarikat jualan langsung kepada operasi berbentuk skim cepat kaya.“Bagi mengelirukan orang ramai, mereka menggunakan beberapa produk kesihatan, kad diskaun dan barangan elektrik sebagai perantara bagi melindungi penipuan itu,” katanya kepada Berita Harian.
Iskandar Halim berkata, kementerian memulakan siasatan selepas menerima aduan pelabur yang curiga dengan tawaran syarikat itu terutama apabila ia menjanjikan pulangan lebih RM50,000 dengan hanya melabur antara RM30 hingga RM200.“Kita sedang bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membongkar kegiatan syarikat terbabit dan memastikan ia dihentikan bagi mengelak lebih ramai ditipu,” katanya.
Iskandar Halim berkata, sehingga ini, maklumat yang dikumpul mendapati syarikat yang mempunyai jaringan pada peringkat antarabangsa itu turut dianggotai kakitangan awam dan golongan profesional.Beliau berkata, selain mengembangkan operasi menerusi sesi taklimat dan suai kenal untuk menambah keahlian, syarikat terbabit juga menawarkan pelbagai habuan menarik, sama ada wang tunai atau barangan mewah menerusi internet.
Katanya, operasi perniagaan berteraskan internet itu dibuat bagi mengelak ia dikesan pihak berkuasa dan pada masa sama membolehkan skim berkenaan berkembang lebih pesat tanpa kawalan pihak berkuasa.“Struktur organisasi syarikat yang lengkap, selain pelan pemasaran yang menjanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat membolehkan syarikat itu mempengaruhi orang ramai dengan lebih mudah.“Bagaimanapun, beberapa saksi yang disiasat memberitahu hanya lapisan pelabur awal skim berkenaan yang mengaut keuntungan berganda, manakala yang yang terkemudian menyertainya berdepan risiko menanggung rugi,” katanya.
Iskandar Halim berkata, bagi memastikan rantaian skim itu tidak tergendala, sesetengah pengendali skim cepat kaya terbabit menjanjikan pulangan separuh daripada kadar asal kepada pelabur yang tidak dapat menaja ‘downline’.Beliau bagaimanapun enggan memberikan nama enam syarikat yang disiasat itu bagi mengelak ia menjejaskan siasatan dan menyebabkan dalang skim cepat kaya berkenaan menghilangkan diri.Sementara itu katanya, kementerian juga sedang memantau operasi beberapa syarikat yang menyalahgunakan lesen jualan langsung mereka untuk menipu dengan menganjurkan peraduan gores dan menang bagi mengaut keuntungan mudah dengan menawarkan hadiah cabutan bertuah yang tidak wujud.
Sebelum ini, kerajaan mengeluarkan amaran bahawa beberapa skim pelaburan yang dikendalikan menerusi internet, khususnya yang berpangkalan di luar negara, beroperasi secara haram dan menjurus kepada penipuan.INFOTaktik penipuan
Mengubah pelan pemasaran asal ketika memohon mendapatkan lesen syarikat jualan langsung kepada operasi berbentuk skim cepat kaya.
Mengelirukan orang ramai dengan menggunakan beberapa produk kesihatan, kad diskaun dan barangan elektrik.
Menjanjikan pulangan lebih RM50,000 dengan hanya melabur antara RM30 hingga RM200.
Syarikat mempunyai jaringan antarabangsa.
Operasi perniagaan dibuat menerusi internet bagi mengelak ia dikesan pihak berkuasa.
Menawarkan pelbagai habuan menarik untuk menarik keahlian.

3 comments:

Anonymous said...

HI FROM PORTUGAL
GREAT BLOG
VISIT ME ON MY BLOG TOO...
BEST REGARDS

Anonymous said...

perh dari portugal pun ader? sesat ker aper ni?

Aku rasa list MLM tu:
Empay,Erafa,Igg Plus,Score A, View Malaysia lagi satu aper ek?

Anonymous said...

yer la jauh tu..dunia tanpa sempadan la katakan. blalang dalam bahasa portugal ada maksud menarik kot? hehehe

Blog Widget by LinkWithin