ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
13 September, 2007
6 Negeri Gagal Bayar Hutang Tertunggak RM2.68 Bilion
HUTANG tertunggak kerajaan negeri kepada Kerajaan Pusat meningkat RM290.86 juta atau 10.9 peratus kepada RM2.96 bilion hingga akhir tahun lalu dengan 90 peratusnya yang gagal dibayar enam negeri.
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, berkata daripada jumlah itu 90.5 peratus atau RM2.68 bilion adalah tunggakan pinjaman Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Terengganu.
Katanya, tahun lalu, hanya RM454.43 juta pinjaman dibayar balik kerajaan negeri berbanding tunggakan dan anuiti RM3.4 bilion yang sepatutnya dibayar balik.
"Tahun lalu juga menunjukkan daripada 1,053 pinjaman yang diberikan kepada kerajaan negeri, 569 atau 54 peratus mempunyai tunggakan antara satu bulan hingga 23 tahun," katanya dalam Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Akaun Awam dan Pengurusan Kewangan Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan 2006.
Sementara itu, Amrin berkata, Kerajaan Pusat bertanggungjawab menguruskan perolehan pinjaman dari sumber dalam dan luar negara yang disalurkan kepada kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun, koperasi, syarikat kerajaan. bukan kerajaan dan agensi lain bagi pelbagai tujuan.
Katanya, seperti yang dilaporkan pada 2005, pinjaman ini tidak dibayar balik mengikut jadual dan menyebabkan tunggakan bayaran balik pinjaman yang disalurkan hingga akhir tahun lalu meningkat RM56 juta atau 5.9 peratus menjadi RM10.04 bilion berbanding RM9.48 bilion pada 2005 membabitkan 12 hingga 1,653 ansuran tertunggak.
"Tempoh tunggakan bayaran balik pinjaman adalah antara satu bulan hingga 32 tahun," katanya yang mencadangkan Perbendaharaan mengambil tindakan lebih tegas mendapatkan tunggakan bayaran balik pinjaman bagi membolehkan kerajaan menggunakan wang berkenaan untuk pengurusan dan pembangunan lain serta mengelak kerajaan tidak menanggung kerugian.
Dilaporkan Perbendaharaan sudah mengambil beberapa langkah mengatasi masalah tunggakan pinjaman dengan menjadualkan semula pinjaman, menghapus kira tunggakan, menukar pinjaman menjadi geran/ekuiti atau mengurangkan tunggakan pinjaman menerusi potongan daripada geran tahunan.
Sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Guano weih! How come my country "Kelatte" not in list? Dis kanot be, Kelatte is pembangkae, jumuk tok gheti pembangunae. Mistakeee nihhh.. Trengganu kannot be in list, got 5% royalty osso high utang? Pitnoh belako. Webmaster mu buak cito pitnah ko.....tokleh la gitu, bulae poso nih mu buat "editing" hissh!
Maaf ya, ini bukan fitnah ada source sahih tu : http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Nasional/20070909230902/Article
;-) Satire..nothing to "maap" kawae pong mintok maap kalu tersalah tafsir. Seronok membaca Website very informative, Insyallah...Wassalamu 'alaikum
Post a Comment