adsense

04 September, 2007

Kertas soalan Bahasa Malaysia Penulisan dan Matematik Kertas II UPSR bocor



Intan Abdullah

Mon | Sep 03, 07 | 07:46:43 PM

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Hrkh) - Soalan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Malaysia Penulisan dan Matematik Kertas II (bukan kertas objektif) didapati telah bocor kepada para pelajar sejak empat hari lalu.


Selain subjek tersebut, kertas mata pelajaran lain seperti Bahasa Inggeris dan Sains, juga didapati telah bocor kepada pengetahuan calon yang menduduki peperiksaan, bermula hari ini.


Kejadian ini terbukti apabila soalan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan dan Matematik Kertas II yang diperolehi sebelum tarikh peperiksaan adalah sama dengan soalan yang tertera pada kertas peperiksaan pada hari ini.


Segala rajah dalam kertas peperiksaan juga sama dengan soalan yang bocor itu.

"Semuanya sama, termasuk nombor soalan dan juga segala titik dan koma," beritahu seorang guru yang enggan namanya disebut.


Difahamkan, soalan-soalan bocor ini mula tersebar, antara lain, di sekitar negeri Kedah sejak Khamis lalu, iaitu sehari sebelum cuti kemerdekaan, dan serentak itu ramai guru-guru bertindak mengumpulkan pelajar untuk menjalani latih tubi menjelang tarikh peperiksaan, bermula hari ini.


Beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya selepas Dato' Seri Hishamuddin Hussain dilantik Menteri Pelajaran, kebocoran soalan peperiksaan telah menjadi fenomena yang melanda sistem pendidikan negara sehinggakan pihak Harakahdaily sendiri pun boleh mendapatkan salinan soalan tersebut dengan begitu mudah.


Walau bagaimanapun, pihak kami masih dalam usaha menjejaki punca dan modus operandi fenomena negatif yang sedang dijalankan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini. - mns

1 comment:

Anonymous said...

upsr score....naik sek men apa pun taktau.Hancusss.

Blog Widget by LinkWithin