adsense

19 September, 2007

Juadah Berbuka

Ada org tanya saya kenapa bulan puasa ni banyak resepi kat isuhangat? Hmm supaya korang yang banyak masa di rumah tu try buat la..tak payah beli kat bazar Ramadhan belum tahu sedap dan pada wife2 yang buat kuih utk suami dan anak-anak besar pahalanya tu..Lagi satu semalam dengar radio IKIM mengatakan makanan kat Hotel belum tahu halal...so sendrik mau ingat.Jangan sampai hati kita mati. Lagi satu nak tengok iman korang kuat tak tengok gambar kuih2 yang menyelerakan ni, huhuhu

Kueh Nagasari



Kueh Nagasari

1 packet (100g) tepung Hong Kwe
1/2 cawan gula
1 tin santan
1 tin air
sedikit pewarna merah

Hirisan pisang
Daun pisang yang telah dilayukan. Dipotong mengikut ukuran 6" x 5"

Cara:
1. Didalam sebuah periuk, masukkan santan bersama air dan tepung hong kwe. Masukkan gula dan kacau hingga sedikit pekat. Matikan api dan biarkan sejuk sebentar.
2. Letakkan hirisan pisang diatas daun, kemudian lipat satu bahagian bawah dan tuangkan sedikit adunan yang telah dimasak tadi. Lipat dan kemaskan bahagian atas pula.
3. Susun di atas loyang dan kukus selama lebih kurang 10minit.



2. bingka daging bercheese aka talam berlauk





Bahan A
250 gm tepung
600 ml santan
100 gm mentega cair
5 biji telor
1 sudu teh garam
Bahan B
200 gm daging cincang
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada putih - dua2 ni dikisar halus
secubit garam
Bahan C
100 ml santan
50 gm keju cheddar parut
1 sudu teh tepong
(kesemua ini dimasak atas api perlahan hingga pekat)
Hiasan
5 batang cili merah dihiris
20 sen daun bawang dan daun sop di hiris
bawang goring
Cara membuat
Bahan B di masak dengan sedikit minyak hingga kering. Bahan A digaul dan dibancuh rata. Kemudian tapis. Masak sehingga naik wap. (Lebih kurang bila dah nak mendidih dan nampak wap nya naik). Turunkan. Masukkan Bahan A ke dalam acuan 9 x 9 yang telah dialas dengan aluminium foil dan sapu sedikit mentega dan taburkan 1/2 Bahagian B di atas Bahan A. Bakar lebih kurang 30 minit atau hingga masak. Keluarkan dan ratakan Bahagian C di atasnya. Masukkan setengah lagi bahagian B tadi dan tabur hiasannya.... Bakar sekejap sahaja. lebih kurang 5 - 10 minit... Akak suka lebihkan jintan dan taburkan sikit oregano. Daging jangan kering sangat sebab nanti bila bakar tak cantik, kering. Kalau tak naik wap bleh juga tapi kena tunggu lama untuk masak. Akak lebih suka tak naik wap sebab rasa texture lebih lembut dan tak brape kental.. takut muak.


1 comment:

Anonymous said...

Aisey, Bang. Dok cita pasal makanan hotel tak tentu halal, resepi ni masuk pula tepong Hong Kwe. Boleh pakai ke?

Blog Widget by LinkWithin