ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
19 September, 2007
Pohon Syuhada'
Ahad, 5 Ogos 2007
Pohon Para Syuhada Di Bint Jbeil, Nama Baru Untuk Bint Jbeil:
'Ibukota Yang Dipenuhi Keajaiban Allah'
(Bint Jbeil- Ratusan para pelawat terus menyerbu Bint Jbeil, sebuah
bandar
di Selatan Lebanon yang digelar sebagai sebuah ibukota kepada Perjuangan
Islam, datang daripada seluruh pelusuk Lebanon dan dunia untuk
menyaksikan
sendiri 'Pohon Para Syuhada', sebatang pohon yang dipotong pada tahun
2005
dan dipamerkan di dalam dewan utama bandar itu sebagai mengingati para
pejuang yang telah syahid dalam peperangan dengan Israel)
Pada hari Rabu, 1 Ogos 2007, pohon tersebut mengejutkan
penduduk-penduduk
bandar tersebut apabila dedaunan hijau semulajadi tumbuh daripada
dahan-dahannya. Dahan-dahan itu juga dikelilingi oleh titisan-titisan
yang
harum baunya yang keluar daripada sebuah garisan keretakan yang secara
tiba-tiba wujud pada pohon tersebut.
Pohon tersebut dipenuhi dengan kepingan-kepingan kayu kecil yang terukir
nama-nama para syuhada di atasnya dan ia dicat dengan warna coklat
gelap,
sebagai simbolik kepada warna tanah di kawasan itu yang telah menyerap
darah-darah para syuhada. Selepas perang dengan Israel pada Julai 2006
yang
lepas, sejumlah 43 lagi kepingan kayu tersebut ditambah pada pohon itu
yang
terukir di atasnya nama-nama para syuhada yang syahid dalam peperangan
yang
terbaru itu.
Para penduduk bandar tersebut merasa sangat kagum apabila mendapati
jumlah
dedaunan yang tumbuh daripada dahan-dahan tersebut jumlahnya adalah 43
helai.
Minggu ini, Bint Jbeil mengenang semula jasa-jasa para syuhada tersebut
yang mengorbankan jiwa mereka setahun yang lalu dalam peperangan dengan
Israel . Waktu di mana kejadian ini berlaku adalah dianggap sebagai
keajaiban daripada Allah sebagai sanjungan kepada para syuhada tersebut.
'Pada malam Sabtu yang lalu, kami menganjurkan sebuah majlis sambutan
untuk
meraikan kemenangan dalam perang setahun yang lalu,' kata seorang
penduduk.'Kami tempat duduknya di dalam dewan itu, beliau menanyakan
tentang pohon itu dan melihatnya dengan penuh hormat setelah Haji Selim
Bazzi (seorang yang terhormat di bandar itu) menerangkan kepadanya
mengenai
idea monumen berkenaan dan bagaimana ia dibuat. Tiada sebarang daun pun
yang kelihatan pada waktu itu. Segalanya adalah seperti biasa'.
Para imigran Lebanon telah menempah tiket-tiket penerbangan daripada
Amerika, Kanada dan Australia , sementara yang lain daripada
kawasan-kawasan yang berlainan di Afrika dan rantau Teluk, telah mula
memenuhi bandar ini untuk melihat sendiri monumen itu.
'Bint Jbeil telah digelar sebagai Ibukota Perjuangan dan Pembebasan, ibu
kepada para syuhada dan sebuah kota para pelaksana revolusi,' komen
daripada penduduk yang lain, 'Kini ia mempunyai nama yang baru : Ibukota
Yang Dipenuhi Keajaiban Allah. Semoga Allah melimpahkan rahmatnya ke
atas
bandar yang suci ini dan para syuhadanya serta para pejuangnya dan
semoga
Allah merahmati sesiapa sahaja yang mempunyai sebuah hati yang murni dan
yang mahu mengambil pengajaran daripadanya.Allaahu Akbar!Selawat!!!
Isnin, 6 Ogos 2007
Keajaiban Pokok Ini Adalah Satu Anugerah Allah Untuk Seluruh Manusia
Sebagai Petunjuk Kepada Ketinggian Darjat Dan Maqam Para Syuhada Di Bint
Jbeil Yang Sanggup Menyabung Nyawa Mereka Untuk Menghadapi Kezaliman
Israel
di Lebanon...Allaahu Akbar!!!
Click images for enlarge
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment