ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
21 September, 2007
Suami yang baik
Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota
Medical
Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia "mengandung kot?" Dia kata tak ada Oleh
kerana
2-3 hari macam tu saja, saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata... isteri
saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah. Maka bermulalah cerita
baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.
Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya,
termasuklah
bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.
Kasihan
sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak,
apa
pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang
tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada
awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya
fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur
dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.
Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas
katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.
Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi
isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam. Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya.
Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya
bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful
Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah,
kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang
tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya.
Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya.
Siapa saya untuk mempersoalkanya.
Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita
itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan
bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu
saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja
terutamanya
yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah anak, isteri atau
suami. Bagaimana?
1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling
sesuai
terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah
conscius mind (minda sedar).
2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan
halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi
Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir
didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam
hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya
saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,
banyakkan berselawat, banyak bersabar.
Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda
inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama
dengan
nasihat anda
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda
iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah
bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku
didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan
ini
tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum
dilahirkan
sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam
Abu
Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di
didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya
beri
anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin
kepada diri kita sendiri.
Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut
isteri
saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan
nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan
kisah para rasul, para nabi, wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma
isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang
didengar
oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.
Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun nyenyak dibuai mimpi. Saya
baru
selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya
kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya
semenjak
kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini.
Langit
agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya
sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang
segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang
tuhan.
Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan
ditengah padang rumput, sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah
saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah
keturunan yang baru. Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini
lahir,
dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan. Dia tidak akan melalui zaman
pahit
seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah 'mama'nya
seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah. Oh!
janganlah tumpah lagi. Sudah terlalu banyak tertumpah. Kalau mahu tumpah
biarlah ketika sujud menyembah ilahi. Pesan guruku air mata lelaki jangan
ditumpahkan sia-sia.
Saya tidak mahu terus melayan perasaan, segera saya kuncikan pintu dan ke
kamar tidur. Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi. Inilah 'bintang
timur' dalam hidup saya. Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,
memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya. Insyallah
tidak lama lagi, akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya
- dipetik dari portal ukhwah. com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment