adsense

07 September, 2007

Tazkirah Jumaat: Saling mengingati



Jangan Bercakap ketika Azan dilaungkan

Assalamualaikum wbt.
Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT.
Mengapa lidah kelu disaat kematian? Tetapi kematian itu pasti
Menjelma.Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba
kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak
dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan
kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas
menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata
apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam
kita wajib menghormati azan.

Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan
diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas
sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya
ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka
kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana
sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan
dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari
itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah
supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya
Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi
mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.."
semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin..
amin Yarobbal a'lamin..

" WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.; Wahai Ali,
bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak
derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya
waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin
memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara
tentang bagaimana untuk memasukinya.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin