ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
13 September, 2007
Tuntutan PERANTAU
Posted on Thursday, September 13 @ 05:23:36 MYT by SongkokPutih
Oleh PERANTAU
K.Lumpur : Ikatan Anak-anak Terengganu DiPerantauan (PERANTAU) merasa kesal dan dukacita dengan kekecohan yang berlaku pada 8hb. September, 2007 di Batu Burok dalam program road-show Badan Gabungan Tuntutan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang menggabungkan parti-parti politik dan NGO ekoran sikap ‘double standard’ dan tidak profesional polis Terengganu.
Dalam kejadian tersebut dilaporkan, dua orang awam bernama Suwandi Abdul Ghani, 37, dan Muhamad Azman Aziz, 21, terkena tembakan polis dan berpuluh-puluh yang lain cedera termasuk empat orang cedera parah.
Ekoran huruhara ini, pelbagai kerosakan berlaku kepada harta awam. PERANTAU mendesak kerajaan mempercepatkan penubuhan IPCMC dan mengambil tindakan kepada anggota polis yang terlibat melakukan tembakan berkenan bukannya membiarkan pihak polis sewenang-wenangnya mendapatkan perintah reman terhadap dua individu yang ditembak oleh seorang anggota polis sendiri.
Menurut Setiausahanya, Sdr Suhaimi Embong, mesyuarat khas jawatankuasa PERANTAU pada hari ini, Rabu, 12hb. September, 2007 juga mengambil pendirian menyokong tuntutan BERSIH untuk mendapatkan ;
1) Penubuhan Suruhanjaya Diraja Bebas untuk menyiasat apa sebenarnya yang berlaku di Batu Buruk pada 8 September.
2) Penjelasan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang juga Perdana Menteri serta Ketua Polis Negara terhadap penggunaan peluru hidup dalam mana-mana perhimpunan aman sebegini.
3) Segala perhimpunan aman yang dianjurkan oleh mana-mana badan yang sah tidak memerlukan permit polis dan mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak polis.
4) Polis tidak lagi diperalatkan oleh Umno/BN untuk kepentingan politik murahan mereka.
5) Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Idris Jusoh selaku Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri agar bertanggungjawab sepenuhnya dalam kejadian ini.
Serentak dengan ini, PERANTAU akan memberikan sokongan moral kepada keluarga mangsa-mangsa tembakan berkenaan untuk mengambil tindakan menyaman pihak-pihak yang terlibat di mahkamah.
12hb. September, 2007
Setiausaha PERANTAU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
seKArANG nIh PoliS nGan ASkAr je Yang boleh dikataKan MaJoriTi AhLInYA mElAyu, Yang LaiN suMer DAh TerLepAS pADA "oRaNg lAiN".. JGn menyEsAl Di KemUDIAN Hari JikA PoliS tAk BoleH bErbuaT ApA2 LAgi UnTuK memPErTAHANKan OrAnG MeLayu/IsLAm sEkIRanYA TErJADi SeKALi LAgi PerisTiwA sePertI 13 mEi (MinTak DijAuhkAn) PadA MaSA iA tiDAk Lagi MemPunYAi KebEbASAn unTuk MelAksanAkan UndaNg2 keRAnA di KAwaL OlEh AgEnSi LAin YaNg JuGa bErADA di BaWAh KuASa "OrAng LaiN" satu haRi NAnti...
Bang, ada polis sekarang pun dak bwh telunjuk org lain. BIla isu babi, "lemah lembut" sungguh. Tuh tunjuk presaan org india kat Putrajaya , melaut org india datang, "lemah lembuuuuuut" je. alahai. Tapi "treatment" kat kpg berembang ampang punyer gangster! Contoh terbaik Ex PIG, Rahim Noor pon dah mengakui. Ex PIG sorang lagi kerja kat Genting. Kah! Kah! Kah! lawak, lawak..Bila tang Batu burok fulamaakkk pistol! Dalam kes macam ini sepatutnyer digantung kerja sehingga siasatan selesai ini idak langsung. Pertahan Islam pigi dah!!!
bukAn SemuA PolIS Macam Tu Bro muNgkin PihAk aTAsaN yg ProBlem JAngAN lAh diSALAhkAn AnGgOtA BAwAHAn YAng teRpAKsA MeNuRuT ArAhan..KalU tAk IkUT ArAHan KEne GanTung KeJE Sape Nak BAgi ANAk Bini DioRG MakAn, Ko Ke? Anak BIni NAk kene Isi PeruT sO Kene PikIr LA sikIt JAngan KejAm SanGAt Beb..LAgi SaTu kO TakDe seDAra-Mara PolIS kE? Kalu AdA SeDArA ko tu MemAnG GangSter La yE? KalO tAkde AlhAmduLillAh Memg ko Ni KeturUnAn Yang Baik2.. IMHO PolIS ni MAnusIA bIAse CAm KitE Gak Ada mASA BoleH ConTRol Ada MASA Tak boleH esPeciallY KalAU kENe ProVoKe dEnGan MoLotov CoCkTAil, MengHAncurKAn HArTA BEnDe AwaM etC eTc Tak KirE LE SekAum Ke KalU keAdaaN dAH MemakSA TerpAksalAh pErtAhAnkan DirI. Yang kO CiTER PASAL iSu BABi,PutRajaYA yaNG "melaUT" Tu EntAh2 MelAut Aje lebih dIOrg TAkde MerosAkkAn ReTE Bende Awam, PerHimpUnAn scr AmAn so TAkkAn nAk kEne TemBAk KOt? Hehehe LoGiK AkAL La bRo
Post a Comment