Aku pelik warga Indon sibuk nak ganyang Malaysia pasal Jurulatih Karate tu, siap bakar bendera Malaysia,padahal org dia sendiri tak betul.
Oleh ZAINI RABAN
KUALA KANGSAR 18 Sept. – Hasrat seorang wartawan wanita dari Indonesia membuat laporan khas mengenai isu penderaan dan penindasan pekerja republik itu di negara ini musnah sama sekali apabila dia menjadi mangsa rogol dan keganasan rakan senegaranya sendiri.
Wartawan sebuah majalah wanita yang berpangkalan di Wilayah Kalimantan Utara itu pada mulanya mahu melakukan penyamaran bagi menyediakan satu laporan berbentuk penyiasatan mengenai isu tersebut.
Bagaimanapun, baru dua hari wartawan berusia 34 tahun itu menjejakkan kaki di negara ini, dia sendiri terpedaya oleh seorang lelaki warga Indonesia berusia 40-an yang berjanji untuk memberi maklumat mengenai isu tersebut.
Menurut sumber, mangsa bukan sahaja dirogol oleh suspek malah turut dipukul dengan teruk hingga menyebabkannya kini dalam keadaan trauma.
‘‘Polis yang menerima maklumat daripada orang ramai mengenai perkara itu telah menyerbu tempat kejadian iaitu di sebuah rumah kongsi di tapak pembinaan di Liman Kati, dekat sini.
‘‘Dalam serbuan pada malam tadi kita telah berjaya menyelamatkan mangsa manakala suspek yang bekerja sebagai buruh binaan turut ditahan,’’ kata sumber itu kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut sumber itu lagi, wartawan wanita yang masih bujang itu begitu malu dan kesal dengan apa yang berlaku kerana dijadikan mangsa oleh rakyat Indonesia sendiri.
Katanya, kejadian tersebut menyebabkan mangsa yang mengalami lebam-lebam di badan dan mudah menangis apabila terkenangkan peristiwa hitam itu.
Kata sumber itu, wartawan tersebut juga bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku kerana musibah itu menimpa ketika beliau belum sempat menyediakan laporan penyiasatannya.
‘‘Mangsa yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kelmarin telah menemui suspek untuk memulakan tugas namun tidak menyangka dia sendiri menjadi korban tugasnya itu,’’ katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Supritendan Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian tersebut.
Menurut beliau, mangsa juga akan dihantar ke hospital untuk tujuan pemeriksaan bagi membantu melancarkan lagi siasatan.
Sumber : Utusan Malaysia, 19/09/2007
No comments:
Post a Comment