| Saturday, 01 September  2007 | |
| SINGAPURA: Ketua Eksekutif Temasek Holdings, syarikat  milik kerajaan Singapura, Ho Ching kini merupakan wanita ketiga paling berkuasa  di dunia selepas Canselor wanita pertama Jerman Angela Merkel dan Naib Perdana  Menteri China Wu Yi. Ho Ching, isteri Perdana Menteri Lee Hsien Loong, meningkat naik dari  tangga ke- 36 tahun lepas kepada tangga ketiga dalam senarai tahunan “100 Wanita  Paling Berkuasa” yang dikeluarkan Forbes hari ini. Forbes berkata Ho Ching kini menjadi “pengaruh yang mesti diambil kira,  kerana rundingan urus niaga yang dilakukannya merentasi dunia.” “Ho Ching telah berjaya mengubah Temasek daripada sebuah syarikat yang  menumpukan pelaburan di Singapura kepada sebuah badan pelaburan yang berjaya  melebarkan sayap ke Asia, melakukan pelaburan dalam syarikat-syarikat India dan  China, khususnya dalam sektor telekomunikasi dan perbankan, kata Forbes. Nilai bersih portfolio Temasek kini meningkat 27 peratus kepada AS108  bilion (RM378 bilion) daripada AS80 bilion (RM280 bilion) pada tahun  sebelumnya. Setiausaha Negara Amerika Syarikat Condoleezza Rice menduduki tangga  keempat, selepas Ho Ching. Bernama | 
ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
03 September, 2007
Isteri PM Singapura wanita ketiga paling berkuasa di dunia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

 
 
1 comment:
dia bijak, jadi tak hairan lah.. i steri pm malaysia di tangga ke berapa?
Post a Comment