Dato' Ishak Baharom meninggal dunia |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }



aKUALA LUMPUR, 30 Jan - Bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh hari ini (3.05 petang) selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke hospital pagi semalam.

Menurut jirannya, Zaitun yang dihubungi Harakahdaily, Ishak sebelum itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, kemudian telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh setelah tidak sedarkan diri sewaktu dikejutkan bangun untuk menunaikan solat Subuh pagi semalam.


Sebelum ini laporan menyebut, pihak doktor yang merawat Dato' Ishak Baharom telah meminta ahli keluarga beliau untuk membawanya pulang setelah beliau tidak dapat diselamatkan.

Berdasarkan sumber, ia adalah disebabkan saluran darahnya yang pecah mengakibatkan beliau koma serta tidak sedarkan diri. - mns/lanh

Alfatihah untuk Allahyarham Dato' Ishak Baharom. Saya suka lihat muka arwah yang sentiasa tenang semasa wajah beliau kerap muncul di kaca-kaca TV memberi ceramah sebelum digam kerana menyertai PAS. Hilang lagi seorang Ulama besar di Malaysia.

Sumber: Harakahdaily

Related Posts by Categories



1 comments

  1. Anonymous  

    February 8, 2008 at 11:53 AM

    Ya Allah...tempatkanlah roh Dato' Ishak baharom ditempat terpuji dan mulia.Luaskan kuburnya dengan wangian kasturi sebagaimana taman-taman syurga yang telah engkau janjikan. Tinggikan darjat dia sebagaimana dia membela agamaMu...Amin...

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates