adsense

23 January, 2008

Mahathir buka kedai roti




Tun Dr Mahathir ketika pelancaran kedai rotinya di Pavalion Bukit Bintang semalam
Oleh Wartawan KLpos.com

DIAM-diam ubi berisi, begitulah gaya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang semalam melancarkan kedia roti keduanya pada usia 82 tahun. Bukan nak kaya, kalau sebab duit, yang dok ada nie pun tak habis makan, tapi bekas pemimpin Malaysia 22 tahun ini, ingin membuktikan Melayu/Malaysia Boleh seperti yang dilaungkannya selama ini.

Dari dok saja lebih baik melabur dan bersama seorang usahawan Jepun, Jiro Suzuki, Dr Mahathir menjadi pemilik bersama kedai dan restoran roti The Loaf di komplek membeli-belah enam bintang The Pavilion Kuala Lumpur yang dirasmikannya semalam.

Ianya merupakan cawangan kedua kedai roti, The Loaf, di mana cawangan pertamanya beroperasi di Pulau Langkawi pada Julai 2006.

Apa yang sitimewanya, di kedai roti Dr Mahathir adalah pembuat rotinya diketuai oleh pemenang anugerah ketua chef, Yukichi Matsubara dari Jepun. Kira dalam soal mutu Dr Mahathir tidak kompromi. Hanya yang terbaik untuk pelanggan beliau.


"Mahathir mudah lupa"
Semalam sebelum perasmian, setibanya di kompleks membeli belah Pavilion tempat kedai rotinya beroperasi, orang ramai mengerumuni Dr Mahathir untuk berjabat tangan dengan beliau serta isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Ali.

Beliau kemudiannya menyampaikan ucapan ringkas dengan mengucapkan terima kasih kepada para tetamu yang hadir memberi sokongan.

Dr Mahathir juga turut mengeletek hati para tetamu apabila beliau tidak dapat mengingati nama pengerusi The Pavilion.

“Mahathir mudah lupa. Saya berusia 82 tahun. Saya lupa banyak perkara. Kadangkala ada baiknya lupa perkara-perkara tertentu," katanya, disambut dengan tepukan hadirin.

Bekas perdana menteri itu menjadi tumpuan minggu lalu apabila beliau "tidak dapat mengingati" banyak perkara ketika dipanggil keterangan kepada suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video Lingam.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin