ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
25 January, 2008
Jangan, jangan dan jangan
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
Jangan biarkan SAJE email ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!
Wasalam
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Jangan.. Jangan.. Jangan hanya pandai baca tetapi masih takda kesedaran dan keinsafan
awak bace buku pe tu, tak pernah dengar pun. kenapa mengunakan perkataan sang nabi?
saye rase buku tu bukan tulisan org islam, seharusnya ia menggunakan perkataan Nabi Muhammad. kisah yg dibaca sungguh mengelirukan. better rujuk pada orang yang betul mahir dengan sirah Nabi Muhammad s.a.w.
astagfirullah...
(aik, lisa baru nak balas komen yg diberikan oleh 2 anonymous tentang kenyataan jahil mereka tentang hukuman hudud dan kewibawaan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul utusan Allah SWT tetapi sudah dipadamkan. baguslah kepada isuhangat kerana mengambil tindakan yg cepat kerana sesungguhnya kenyataan mereka adalah satu kenyataan jahil yg cukup pedih kerana tidak membuat penyelidikkan yg rapi sebelum membuat sebarang kenyataan)
berikut adalah antara mengenai hukum hudud...
Firman Allah SWT.,:
* Surah al-Maidah ayat 33; “Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya, dan membuat kerusakan dimuka bumi, hanyalah mereka di bunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka timbale balik atau dibuang negri (tempat kediamannya). Yang demikian itu hinaan bai mereka di dunia dan di akhirat mereka mendapat azab yang besar”.
* Al-Baqarah : 178; “Hai Orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qisas berkenan dengan orang-orang yang dibunuh, orang merdeka dengan yang merdeka, hamba dengan hamba dan wanita dengan wanita”.
* Al-Isra : 33; “Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah, melainkan dengan sesuatu (alasan) yang benar. Dan barang siapa yang dibunuh secara zhalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya ia adalah orang yang mendapat pertolongan”.
* Al-Hujurat : 9; “Dan apabila ada dua golongan dari orang-orang muslim berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah; jika golongan itu kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil”.
Hadis-Hadis Rasulullah saw.;
1. “Dari Ubadah bin Shamil r.a. ia berkata : Rasulullah SAW, bersabda : ‘Ambillah dariku (terimalah hukum dariku), sesungguhnya Allah telah menjadikan suatu jalan bagi perempuan-perempuan yang belum kawin dengan yang belum kawin (berzina), hukuman jilid 100 kali dan diasingkan satu tahun; yang sudah kawin dengan yang sudah kawin hukumannya dijilid 100 kali dan dirajam”. (HR Muslim).
2. “Tidak di halalkan darahnya seseorang muslim yang mengakui bahwasannya tidak ada Tuhan selain Allah dan aku ini utusan-Nya kecuali di sebabkan salah satu dari 3 (tiga) macam : (1) Duda/Janda yang berzina, (2) Membunuh orang dengan sengaja, dan (3) Orang yang meninggalkan agamnya serta memisahkan diri dari Jama’ah (murtad)”. (HR. Muttafaqun’alaih)
3. “Barang siapa datang kepadamu, sedang urusanmu ada pada satu orang (khalifah), padahal dia (yang datang kepadamu) hendak melemahkan kekuatanmu dan mencerai beraikan golonganmu, maka bunuhlah dia”.
4. “Barang siapa yang mengubah agamanya (kemudian memusuhi kaum muslimin), maka bunuhlah dia”. (HR Bukhari).
dan Firman Allah SWT :-
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا
Ertinya : Dan tidaklah boleh bagi seorang lelaki yang beriman dan wanita yang beriman itu, apabila Allah SWT & RasulNya telah menetapkan sesuatu hukum, maka mereka ingin memilih (mengikut suka hati mereka), dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya, ia telah sesat dalam kesesatan yang nyata.
wallahualam...
sesungguhnya bagi mereka termasuklah diri lisa sendiri yg daif lagi hina ini, yg kurang mahir dalam bab2 agama dan perlu membaca lebih banyak lagi sirah Rasulullah SAW agar kenyataan kita yg jahil pada sesuatu yg tidak kita ketahui dengan sesungguhnya tidak akan membawa kita ke terkeluar dari landasan Islam... nauzubillah minzalik...
Post a Comment