HANYA anak-anak tempat curahan kasih. Itulah yang dirasai oleh Ziela Jalil, yang pada usia 37 tahun kematian suami tercintanya, Tan Sri Megat Junid Megat Ayob baru-baru ini.
Bagi Ziela, semuanya terpaksa dihadapi dengan tabah apatah lagi kerana suaminya telah berperang dengan sakit barah sejak lama.
“Sekarang ini hanya anak-anak kasih tercurah. Saya harus tabah untuk mereka,” kata Ziela yang kini meniti hari bersama dua anak-anaknya hasil perkongsian hidup dengan suaminya,
Puteri Julia Nabila, 15 dan Megat Jefri Nasrullah.
“Berpisah mati, hanya Tuhan saja yang tahu kerana yang tinggal hanyalah kenangan manis bersama. Insyaallah demi anak-anak saya mesti tabah. Apa yang saya pohon, semoga Allah melindungi keluarga saya,” ujar Ziela.
“Sejak dulu saya selalu ingatkan anak-anak, bila ke mana-mana, jangan nama baik keluarga. Sekarang, apatah lagi, sayalah ketua keluarga, saya ibu dan saya juga bapa. Walaupun bapa sudah tiada, nama baik orang tua mesti selalu dijaga. Kerana kalau kelakuan baik, orang akan puji, inilah anak Megat Junid, dan kalau kelakuan sebaliknya, orang kata inilah anak Ziela Jalil,” katanya.
Credit Tags:
No comments:
Post a Comment