adsense

25 January, 2008

Program Hantar email SCAM!!!!



Lagi program SPAM. Anda join lepas tu awak forward email ni kepada 3 orang,anda dapat RM150. Huhuhu,pelik betul masih ada rakyat percaya dan menghidupkan program SPAM ni. Maka penuhlah inbox kita oleh email org yang tidak dikenali. Sudah-sudahlah tu.....

ANDA BOLEH MENYERTAI PROGRAM INI DAN KAMI AKAN MEMBIMBING ANDA UNTUK MENDAPATKAN RM9,000 SEBULAN TANPA SEBARANG RISIKO!!! BUKAN MLM, JUAL SAHAM, PELABURAN, SKIM PIRAMID ATAU SKIM CEPAT KAYA!!!


Perolehi Pendapatan Lumayan RM2,000 - RM3,000 Sebulan (SAMBILAN) atau
RM4,500 - RM9,000 Sebulan (SEPENUH MASA)


Pihak pengurusan menawarkan anda untuk bekerja secara sambilan atau sepenuh masa melalui program urusniaga yang kami jalankan dan seharusnya tidak dilepaskan untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan seharian anda.


Pekerjaan ini merupakan satu bantuan kepada mereka yang memerlukan wang. Kaedah yang kami jalankan begitu terancang dan teliti supaya anda boleh menerima pendapatan berterusan. Program pekerjaan ini sangat baru di rantau ini tetapi tidak di negara Barat. Tidak kira di mana anda berada, anda boleh melakukannya tanpa membebankan mana-mana pihak. Boleh dimulakan serta merta menerusi panduan kerja yang dibekalkan dan mudah dikendalikan. Dimana sahaja ada talian internet, anda boleh lakukan kerja ini.

Mudah sahaja, cuma perlu menghantar email dan anda akan dibayar.

Cybercafe, pejabat, sekolah atau rumah, terpulang pada anda. Kejayaan anda dapat dinilai menerusi faedah-faedah yang diperolehi seperti:

#Pendapatan secara mingguan/bulanan

#Gandaan pendapatan melalui tumpuan dan kesungguhan

#Memperolehi pendapatan seperti yang dimahukan

#Jaminan pendapatan yang diiktiraf bagi memenuhi setiap impian.

Sila ikuti kandungan program pekerjaan yang ditawarkan. Buatlah penilaian yang bijak dan berfikirlah dengan positif kerana berfikiran akan mengubah diri anda ke arah kejayaan dan kecemerlangan.

"Sesungguhnya ramai yang telah meraih pendapatan lumayan melalui program yang kami tawarkan ini dan dijamin 100% anda akan berjaya seperti mereka. Dengan syarat anda ikut jalan yang mereka tempuhi."

Perolehi Pendapatan Lumayan RM2,000 - RM3,000 Sebulan (SAMBILAN) atau
RM4,500 - RM9,000 Sebulan (SEPENUH MASA)


Satu Program PENDAPATAN UNIK Yang Sangat Menarik Dan Menakjubkan Hanya Dari Rumah Atau Dari Mana Saja Terdapat Akses Internet. Memperolehi RM 30.00 bagi setiap Risalah Perniagaan Yang Anda Email Kepada Pelanggan Kami. Mudah Dilakukan.

bla..bla..bla..



3 comments:

Anonymous said...

Benda ni semua untuk orang yang malas bekerja dan malas berfikir... Terlalu nak cepat kaya tanpa berfikir panjang... Carilah rezeki dengan hasil titik peluh sendiri.. sudah-sudah la tu...

Anonymous said...

sama gak ngan yang duk ada kat internet tu.

Tamu Dari Gunung said...

Yep, kita pun boleh buat camtu.
Kita jadi tokey: Setiap ahli daftar RM200. Kalau dpt ahli baru, kita bagi RM10 kat dia. So, kalo dia dpat 3 org, kita dpat 4 x RM200 = RM800. Kita cuma kuarkan RM60. Kita untung atas angin, RM740. Mcm ni la yg diorang buat dan org lain ikut bodo aje.... nanti kalo senang aku buatkan diagramnya.

Blog Widget by LinkWithin