Assalamualaikum,
Mencari yang halal dan menjauhkan yang haram dalam makanan adalah wajib kepada semua orang islam, hanya dalam keadaan dharurat yang benar2 dharurat (bukan dharurat pak arab kat UK yer) barulah dibenarkan yang haram dimakan tetapi tidak melampaui batas sampai sendawa kenyang.
Baiklah saya ingin kongsikan cara pertama menjaga makan minum kita. Bagi saya selalu saya perhatikan bagaimana makanan dibuat dan dihidangkan. cara pertama - kalau yang tukang masak tuh (orang islam) berambut warna warni tanya dulu sama ada warna pada rambut tuh tembus air atau tidak, kalau jawapannya tak tembus maka saya tak makan kedai tuh sebab solat tak sah, mandi wajib tak sah. Lepas tuh kalau kita makan makanan yang menggunakan telur sebagai sebahagian resepi macam roti canai telur, mi goreng, kuew teow goreng, bihun goreng, murtabak, roti john, burger dan sebagainya perhatikan dan tanya kepada tukang masak sama ada telur ayam tersebut dibasuh atau tidak.
Kalau dier ketawa tak faham jangan kita marah pulak, itu maknanya tak basuh ler tuh. Kalau kita perhatikan betul2 telur ayam yang dibeli biasanya telur ayam yang murah bukan telur omega tuh, jadi telur ayam murah nih banyak kelihatan tahi ayam yang berwarna putih, dan hijau. Kalau tukang masak ketawa cuba suruh dier jilat telur tuh, pastilah dia kata eh tak mahulah kotor, ok kalau macam tuh suruh dia pegang telur tuh dan lepas itu letakkkan semula telur tuh dan suruh dier jilat tangan dier, kalau muka dier pening dan blur tgk muka kita sambil tersengih dier akan cakap eh aa lah kotor ler tangan ni. Cuba cerita kalau tangan tuh memegang roti canai, ambil mi kuning, ambil bihun, tarik2 doh murtabak atau pegang roti burger, tidak ker kotoran tahi ayam tuh berpindah ke makanan dan seterusnya najis dimasak sekali. Tanya dier apakah memakan najis halal? Bro dan Sis yang segan dan takut menegur kerana Allah, kerana teguran tersebut akan menjadikan makanan yang dimasak jadi halal dan itulah amal jariah yang kita cari2. Semua telur ayam tak kira murah dan mahal diselaputi najis ayam dan mesti dibasuh dahulu. Untuk masakan lain kita boleh fikirkan sendiri dan lihat sama berlaku atau tidak perpindahan najis dalam makanan.
Bro dan Sis semua, pihak belum Islam memang tidak mengetahui akan makna suci dan bersih dalam Islam dan nasihatkanlah rakan2 dan sedara mara akan pentingnya makanan halal yang akan menjadi darah dan masuk ke hati kita. Hati yang bersih mudah dididik dan senang nak solat dan beramal soleh. Jagalah makan kita, janganlah makan dikedai orang yang tak solat, ini kerana ada satu cerita yang saya dengar lama dulu bahawa Nabi Musa diberitahu bahawa air hujan yang jatuh menitis dari bumbung rumah orang tidak solat adalah lebih hina daripada air kencing anjing hitam, bayangkan kalau orang ini menyediakan makanan dari air basuhan tangannya, dan bagaimana pula kalau orang belum Islam. Fikir2 dan praktikkan
Wassalam
Tags:
No comments:
Post a Comment