adsense

24 January, 2008

Keahlian Ekslusif Wangcyber



Forum wangcyber adalah medan berdiskusi ahli-ahli komuniti usahawan-usahawan internet di Malaysia. Ramai otai-otai usahawan internet di Malaysia ada lepak di sana dan tidak lokek berkongsi ilmu pengetahuan berkenaan usahwan internet. Ramai yang tak percaya tetapi sebenarnya ramai anak-anak muda di Malaysia malah ada yang masih bersekolah yang mampu mencari duit di internet.

Keistimewaan forum wangcyber ialah hanya program-program cari duit internet yang sah sahaja diiktiraf dan dibenarkan di forumnya. Program pelaburan internet yang sedikit masa dahulu menjadi isu hangat di Malaysia telah ditentang awal-awal lagi di Wangcyber.

Baru-baru ini forum wangcyber telah membuka keahlian eklusif. Keahlian ekslusif ini, terbuka kepada semua pelawat & juga ahli-ahli wangcyber.com yang sedia ada.Keahlian eklusif yang diberi nama WC300 adalah dibuka kepada 300 orang sahaja sebab itulah di beri nama WC300 oleh founder forum ini iaitu saudara Shuth (yang terkenal dengan projek maskahwinnya)

Apakah kelebihan-kelebihan yang akan diperolehi sebagai ahli WC300?
Antara kelebihan serta manfaat yang akan dimiliki oleh ahli WC300 ialah:-

1. Ruangan perbincangan yang ekslusif di forum wangcyber.com yang hanya boleh diakses oleh ahli-ahli WC300 sahaja. Sudah tentunya, lebih banyak tips-tips serta rahsia-rahsia dalaman sesama ahli akan dikongsikan.
2. Kotak PM yang lebih besar yang boleh memuatkan sehingga 1500 mesej. Amat sesuai untuk ahli yang banyak menjalankan urusan perniagaan di forum secara PM.
3. Pengiklan Topik PERCUMA! . Ya!.. Ahli-ahli WC300 dibenarkan membuka topik di ruangan “Pengiklanan & Pemasaran” secara PERCUMA di forum WC. Tiada yuran sebanyak USD2 dikenakan untuk membuka topik.
4. Diskaun 66% untuk topik sticky = hanya USD1 (harga asal USD3) sahaja untuk menjadikan iklan topik anda sticky.
5. Diskaun sebanyak 66% untuk pengiklanan banner, hanya USD2.30 @ RM7 sahaja untuk pengiklanan banner selama seminggu bagi ahli WC300.
6. Diskaun 70% untuk advertorial , hanya USD5 @ RM15 sahaja bagi setiap advertorial untuk ahli WC300.
7. Cabaran WC yang menawarkan hadiah-hadiah menarik serta perkongsian “ilmu esklusif” , akan diadakan semula dan kini.. ia hanya terbuka kepada ahli WC300 sahaja.
8. Diskaun-diskaun menarik bagi produk-produk WC yang akan datang seperti ebook, t-shirt, seminar dan sebagainya
9. Peluang-peluang JV yang lebih besar sesama ahli.
10. Jemputan untuk menyertai perjumpaan secara tertutup dan juga gathering sesama ahli WC300.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan WC300, anda boleh lihat di link di bawah:

http://www.wangcyber.com/pengumuman/wc300/

No comments:

Blog Widget by LinkWithin