Assalamualaikum semua, kalau ada yang bukan Islam, selamat sejahtera.
Saya tidak pandai menulis rencana, tetapi hari ini, setelah berbual dengan suami saya, terdetik saya untuk membuka minda bagi memikirkan isu ini. Saya sangat jarang berchatting, tetapi suami saya berkesempatan untuk berchatting, termasuklah dengan isteri2 orang yang berumur 30 - 40 an.
Dia bercerita kepada saya, ada yang bercerita bagaimana teman2 chatting akan menjadi teman dating dan ada juga yang menjalankan hubungan kelamin sesama mereka, dengan alasan, no commitment, maklumlah, masing2 dah bersuami dan beristeri, tetapi sekadar nak rasa 'makan luar'?????

Wah... this is really scarry man..... Itu rupanya cara kita menggunakan kecanggihan internet ini..... Sekiranya ramai suami2 dan isteri2 Islam yang sudah tentunya kebanyakannya ibu bapa, boleh melakukan perkara2 yang begini dengan 'open minded'nya, maka tidak hairanlah mengapa remaja-remaja sekarang juga bertindak liar dan bersosial di luar batasan...
Mengapalah kita begitu lemah dengan tuntutan nafsu seks? Bagi remaja, mungkin mereka masih mentah, tetapi bagaimana pula bagi isteri dan suami yang telah ada pasangan... Tidak bolehkah sekadar berkawan di dalam alam syber, bertukar fikiran pendapat dan tidak perlu bertukar nombor telefon dan seterusnya banyak lagi yang boleh ditukar...
Mungkin saya berfikiran kolot, tetapi sekiranya open minded itu bertentangan dengan perintah Allah dan boleh mengundang kemurkaan Allah, maka biarlah saya dengan kekolotan saya.
Yang lebih menarik, seorang isteri yang bermasalah pada pandangan suaminya, akan dapat menarik perhatian suami orang lain, dan begitulah sebaliknya.
Sebab apa, sebab perempuan atau lelaki itu, bukan isteri atau suaminya. Memang cantik betul syaitan itu memainkan peranannya untuk membawa manusia ke lembah yang dimurkai Allah, dan sudah tentulah kita mudah alpa dengan bisikannya itu.

Saya berdoa semoga semua umat Islam termasuklah diri saya yang lemah ini, mendapat petunjuk dan hidayah Allah agar kita semua diberi kekuatan iman dan takwa untuk mengelakkan segala maksiat dan kemurkaannya. Zina itu suatu dosa yang amat besar, apa lagi jika dilakukan oleh isteri orang... dan apa pula jika boleh mendatangkan zuriat pula?....nauzubillah huminzaliq. Perkara dosa boleh mendatangkan kemurkaan Allah dan akan memudaratkan hidup kita dunia akhirat.
Sekian untuk renungan saya, dan para pembaca. Wallahualam.
Renung-renungkan bagaimana kita menggunakan nikmat kecanggihan internet anugerah Allah ini...
1 comment:
hehehe sabar puan. tarik nafas panjang2.
dah berjuta minit, digunakan oleh berjuta2 netter seluruh dunia untuk berchatting.
banyak forum, chat rooms boleh dipilih.
persoalannya mengapa suami puan memilih chat room yang sebegini....
sampai berjam-jam pulak tu..
fikir-fikirkan.
Post a Comment