adsense

24 January, 2008

YB Megat Junid meninggal dunia



Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, 65, meninggal dunia pada pukul 5.25 pagi tadi di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar.

Anak Allahyarham, Megat Firdaus memberitahu Utusan Malaysia jenazah bapanya akan dikebumikan selepas sembahyang zuhur hari ini di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Beliau pernah berkhidmat dalam Parlimen Malaysia sebagai Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri, dan kemudian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Beliau seorang ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Penerangan UMNO.

Beliau lahir di Kampung Padang, Mukim Bandar, 36800 Kampung Gajah, Perak.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin