adsense

03 January, 2008

Wanita muda kehausan



pelacurMENYUSURLAH sebuah lori pagi itu keluar dari kota Medan. Melalui beberapa pekan kecil. Melintasi sawah ladang, semak samun dan dusun. Sungai-sungai dan ngarai. Terasa lelah dan penat badanku dihentak lori angkut agak kuat lagi keras springnya, melikui jalan yang seolah-olah tidak sempurna itu.

Bukan aku nak cari sakit naik lori dalam udara panas tiada penghawa dingin, tapi nak tahu realiti kehidupan rakyat.. menyebabkan tekakku cepat terasa haus nak minum.

“Berhentilah di mana saja, asal dapat berehat dan basah tekak sikit!!” Kataku
Kawanku orang Medan yang memandu disebelahku itu terus berhentikan lorinya. “Tempat ini kurang baik, tapi elok juga untuk ambil tahu..” Jawabnya, membuat aku saspen.
Lori berhenti di tepi jalan kawasan ladang yang pokok getahnya tinggi-tinggi. Ada gerai-gerai ringkas tiada berdinding di bawah redupan bayang yang sejuk menyegarkan. Tempat duduk pengunjung-pengunjungnya cuma di hamparan tikar mengkuang atas rumput, nampak telus terus dari tepi jalan. Kami singgah di salah satunya.
Dua wanita muda berada di situ. Satunya terus membuat minuman, satu lagi melayani kami. Agak pelek juga cara layannya, bukan macam peniaga gerai makanan. Lagak yang mahu menarik perhatian… Pakaian menjolok, bibir merah tebal dan aksi-aksi yang mengghairahkan.
“Saya akan layani bapak bukan hanya untuk yang haus minuman bahkan haus semuanya!” Pelawanya dengan gaya duduk separuh terlentang atas tikar, menampakkan bentuk dada yang menonjol membukit. “Kalau nak, kita buat temujanji!”
“Kalau nak sekarang boleh??” Mulutku menjadi capul, bila melihat keadaan keliling yang lapang agak tidak menasabah bagi melakukan perbuatan terkutuk itu.
“Boleh!!” Sambutnya, mungkin sangkanya pancing sudah hampir mengena.
“Mana tempat gomolnya?” Tanyaku terus terang.
“O.. Sini pun boleh.. di belakang-belakang, ada tempat yang agak terlindung sedikit! Kalau agak tak selesa, ada bilik-bilik sewa segera di rumah lama sana. Ayuh, mari sama-sama pergi!?”
Hal ini mengingatkan aku peristiwa yang berlaku tengah malam tadi di depan tempat hotel tempat aku menginap, sekitar Masjid Raya Medan. Hotel tempat kutumpangi itu ada tertulis di depan kaunternya, melarang lelaki wanita bukan muhrim bersekedudukan atau tidur di situ. Maknanya tiada pelacuran di hotel itu. Aku sengaja makan Sate Minang dan lama juga bercerita dengan tukang sate di situ, ambil-ambil angin malam.
Ramai wanita muda datang ke situ mencari langganannya silih berganti, katanya juga ‘untuk lelaki yang haus layanan istimewa wanita’. Berbagai helah digunakan memerangkap mangsa. Inilah dikatakan penyakit sosial yang tertua di dunia. Itu sebabnya perlu ada suatu kuasa pemerintahan berteraskan agama wahyu dari langit dan hari pembalasan di akhirat…
“Hampir di sepanjang perjalanan ke Tanjung Balai Asahan ini terdapat pelacuran model kampungan begini.” Kata kawanku semasa kami akan meneruskan perjalanan itu semula. “Bahkan di tempat-tempat makan lain, warung atau gerai buah-buahan pun dijadikan tempat booking dan iklan.. Hingga terkenal di kalangan pemandu-pemandu lori di sini ‘Gerai Durian Bibir Merah’ terdapat berhampiran jalan keretapi lepas Pekan Kisaran yang akan kita lalui sebentar lagi..”
“Ooo. Bukan isi durian tu berwarna merah, tetapi bibir mulut penjual diri di gerai durian itulah yang ranum merah-merah.” Sambutku.
“Lebih malang lagi, kerana ramai juga gadis-gadis pelajar yang terbabit. Di pinggir-pinggir kota pula pihak pemerintah terlibat dalam penempatan-penempatan khas pelacuran kelas rendah begini bagaikan wujudnya perkampungan baru, walaupun di hotel-hotel tengah bandar sudah sarat dengan pelacuran kelas menengah dan atasan. Bahkan di dalam bandar Medan sendiri pun terdapat pelacur-pelacur yang beropersi hanya dengan menunggu di setesyen bas saja menarik pelanggan di siang hari waktu pejabat! ” Dia berceramah lagi.
Menurut statistik 2006, lebih 80.7 juta dari 245.4 juta penduduk Indonesia adalah terdiri dari wanita berunur 15 tahun ke atas. Penjualan anak melalui pelacuran bagi mengatasi masalah kemiskinan ibubapa seperti yang dilaporkan oleh rangkaian tv Al-Jazeera, dikatakan telah berleluasa sejak 10 tahun lalu bila Indonesia teruk dilanda krisis ekonomi. Dalam sebuah laman web, Bro Ricky pula menambah, “…saya rasa di Malaysia, ada juga perbuatan sebegini berlaku, tapi cuma kesnya tidak banyak.. Tapi tidak mustahil suatu hari nanti Malaysia juga menjadi sarang pelacuran, jika tidak dibendung dari awal...”
“Wanita-wanita pelacur seperti inilah yang perlukan air penawar agama yang benar. Bukan haus air, tetapi haus petunjuk agama. Kita yang bimbang mereka mati kehausan dari petunjuk Ilahi itu.” Kata kawanku lagi.
“Sebenarnya, di Malaysia juga..” Kataku. “Jika terpampang tulisan di dahi pelacur tanda ‘aku seorang pelacur’ pun tiada menyalahi undang-undang negara, kerana suka sama suka. Kalau kita cuba menegurnya, kita yang bersalah, bukan dia! Sama dengan kita membuat laporan polis bila berlaku kecurian, bukan pencuri itu ditangkap, tetapi kita pelapor itulah yang ditangkap! Semuanya sama, kerana dasar negara-negara kita pun sama, bukan negara Islam sebenar mengikut Al-Quran dan Hadis.”
“Bapak! Bapak tidak mahu minum ke? Bapak tidak haus ke??” Terdengar panggilan wanita yang melayani kami tadi. Kami sudah tidak layan dia lagi.
“Kami tidak haus, kau yang haus!!” Jawab kawanku itu.
Di gerai sebelah, beberapa wanita muda bersorak ketawa menyindir bergurau kepada wanita yang melayani kami itu, “Pancing tidak mengena.. kerana umpanmu tidak bagus!!”
Sama-sama ketawa ramai-ramai.
Catatan Perjalanan: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) KL. 01-01-2008. KL.

1 comment:

Anonymous said...

Tempat yang di singgahi itu ialah Desa Firdaus atau di kenali dengan panggilan warung bebek oleh orang tempatan. Tempat durian yang dikatakan itu dinamakan 'durian bergincu' jarang org memanggil durian bibir merah. Perjalanan ke desa firdaus dari kota medan mengambil masa sekitar 1.5 jam atau 2 jam.

Blog Widget by LinkWithin