adsense

18 January, 2008

Ura-ura Britney Spears Masuk Islam - Pak Arab Melatah Bodoh!!!





Britney Spears, 26 mahu memeluk Islam untuk berkahwin dengan seorang pemuda Muslim. Ya, begitulah lapor media Barat sejak dua tiga hari lalu selepas mendapati dia menjamu selera dengan minum arak di sebuah restauran di Los Angeles dengan seorang pemuda Muslim berasal Afghanistan yang menjadi rakyat Britain, Adnan Ghalib, 35.

Adnan adalah juru gambar paparazzi yang sudah berumah tangga, tetapi menyelinap keluar secara senyap-senyap dengan Spears dan dilaporkan mereka berdua sedang dilamun cinta.

Dalam laporan awal sesetengah akhbar Amerika Syarikat (AS) menyebut Adnan adalah bangsa Arab. Hal demikian menyebabkan orang Arab bertepuk sorak tidak terkira kerana gembira melihat orang mereka berjaya mengurat penyanyi pop AS terkenal. Ini sama dengan cerita asmara Puteri Dian dengan Dodi di mana sampai ada mengatakan Diana telah memeluk Islam secara senyap-senyap. Ada yang menulis buku tentang Diana dan menyebut tentang Islamnya itu termasuk penulis buku di Malaysia.

Bagaimanapun, cerita Spears dan kaitan dengan Islam lebih menarik kerana dia sendiri dikatakan membuat pengakuan sebegitu untuk berkahwin dengan Adnan.

Sedikit masa lagi isu Spears akan menjadi kecoh besar kerana pelbagai tekanan yang dihadapi Spears dan Adnan dari pelbagai pihak terutama serangan media boleh menyebabkan berlaku macam-macam perkara tidak terduga dalam konteks agama.

Adnan Ghalib memakai Salib di dada.











Kini pun sudah nampak seperti ada elemen agama turut terheret menjadi faktor yang menyemarakkan kekecohan isu hubungan Spears - Adnan ini walapun mungkin Adnan hanya Islam pada namanya saja jika kita mengambil kira dia memakai Salib.

Ini kerana media Barat sudah pun menampilkan isu hubungan Spears-Adnan dari kaca agama. Media Yahudi termasuk Israel pun tidak kurang hebatnya membuat serangan. Ini kerana Spears sebelum ini pernah dipengaruhi Madonna mencari ketenangan jiwa melalui penganutan kepada ajaran sebuah tarikat Yahudi.

Seorang penulis Arab yang menyangka Adnan bangsa Arab berkata, dia amat gembira dengan berita Adnan dapat menawan hati Spears itu kerana menurutnya ini adalah kali pertama pemuda Arab di kalalagan orang biasa yang muncul sebagai berita besar dalam media AS tidak dikaitkan dengan keganasan dan apa jua jenayah.

Memang ada benar juga pandangan penulis Arab ini. Kerana selama ini jika ada berita orang Arabi di kalangan orang biasa yang mencul dalam media AS mestilah dikait dengan keganasan dan jejayah.

Bagi orang Arab seperti penulis itu, Adnan minum arak dan tidur dengan Spears pun tidak mengapa, asalkan dapat melihat dia mejadi berita besar dalam media AS tanpa dikaitkan dengan keganasan dan jenayah. Bagi mereka, Adnan sudah menjadi hero mereka walaupun dalam perkara yang tidak baik atau dengan cara yang tidak baik. Ia dianggap sedikit sebanyak boleh mengubat sediit hati mereka yang sentiasa dicap sebagap pengganas.

Bagaimanapun, seperti telah disebut di atas, Adnan bukan orang Arab tetapi orang Afghanistan yang menjadi rakyat Britain. Lebih dari itu dia juga walaupunn Muslim, tetapi dia memakai Salib dan ini mungkin boleh dianggap sebagai Muslim hanyut dan sudah hilangan jati diri Islamnya. Wallahu-a'lam.

Namun begitu Adnan dikatakan datang dari keluar Muslim konservatif yang tinggal di Birmingham. Bapanya Hussein and ibunya Saghra merupakan orang yang kuat agama.

Sprears dilihat sebagai mahu memeluk Islam selain pengakuannya bahawa Adnan adalah seorang sahaja lelaki dalam hidupnya kini dan dia akan berkahwin dengannya, dia juga dilihat memakai pakaian pengantin Jumaat lalu. Pakaian pengantin itu merupakan pakaian lama yang pernah dipakai ketika berkahwin suami keduanya dulu.

Spears juga dilaporkan sebagai berkata bahawa dia bersedia untuk berpindah ke Pakistan untuk tinggal bersama bakal suaminya, Adnan.

2 comments:

Anonymous said...

hahaha... ntah btol ntah tidak..

na5 said...

cane la agaknye britney spears ni mengucap..

Blog Widget by LinkWithin