ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
07 January, 2008
Bahasa Kasar Yang Lembutkan
Sedar tak sedar dari perbualan harian kita, bahasa kasar telah dilembutkan sebenarnya dari perkataan kasar yang boleh mendapat penumbuk kat muka kita.Perkataan-perkataan ini biasanya digunakan oleh remaja dan golongan yang tak berapa nak remaja.
SIOT:
Siot adalah dari perkataan sial ataupun sialan. Mana lagi lembut "Siot la kau ni,janji pukul 2 sampai pukul 5" berbanding " Kau ni memang sial! Janji pukul 2 datang pukul 5".
KELEPET/REMBAT:
Dari perkataan curi/rompak. Contoh ayat: "Kau kelepet artikel kat blog isuhangat?" berbanding "Kau curi artikel kat blog isuhangat?"
SEKODENG:
Dari perkataan mengintai/mengendap. Contoh ayat: "Jom sekodeng anak Pak Ali". Mana lebih lembut dari "Jom mengendap anak Pak Ali".
HAMPEH:
Dari perkataan tidak berguna. Mana lebih menyirap? "Kau ni memang hampeh! " berbanding "Kau ni memang tak berguna!"
KELENTONG
Dari perkataan menipu. "Alah kau ni memang kaki kelentong" berbanding "Alah kau ni memang penipu"
WAK LU:
Ini gurauan yang agak kasar sebenarnya dari perkataan bapak kau. Mau kena penerajang kalau berkata "Bapak Kau!" berbanding perkataan "Wak lu!"
Sebenarnya banyak lagi malas nak elobrate...Oleh itu gunakanlah bahasa Melayu dengan betul.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
hehe perkataan kelepet tu macam menyindir jer blalang. Ramai ke kelepet artikel isuhangat?
Hehehe, bahasa itu jiwa bangsa! :)
Takde la aida,saja jer buat contoh. Sila baca di bawah sekali tu, tiada hakcipta terpelihara.
Tapi lebih afdal diletak kredit ke isuhangat.blogspot.com . Kau ada klepet juga ker aida? hahaha
Post a Comment