Siap beratur tu...isk isk isk. Nampaknya kehadiran diaorang memang membawa banyak gejala tidak sihat. Budaya yang asing bagi kita nampaknya dilanggar dengan selamba oleh mereka. Ganas-ganas orang Malaysia kalau nak buat kerja gila tu masih malu-malu lagi. Diaorang siap beratur tu macam nak cucuk duit kat ATM. Jangan makin merebak penyakit berjangkit ke orang tempatan dah la, almaklumlah orang tempatan baik lelaki dan perempuan pun bukannya sedikit yang buat skandal dengan diaorang. Mintak dijauhkan.
"Oleh Norfaisal Jahuri
am@hmetro.com.my
MELAKA: Tanda tanya kehadiran sekumpulan warga asing beratur panjang dan berpanas di belakang sebuah hotel usang di bandar ini membongkar kegiatan pelacuran tempatan aktif pada hujung minggu walaupun sebelum ini, hotel sama diserbu Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) beberapa kali.
Mereka dikatakan beratur kerana menunggu giliran melempiaskan nafsu serakah tetapi sempat melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa Jaim bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan polis di hotel di Jalan Munshi Abdullah, di sini, kelmarin.
Berdasarkan rekod Jaim, hotel berkenaan pernah diserbu dua kali akhir tahun lalu kerana kegiatan sama dan sebelum itu, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) membatalkan lesen perniagaannya setahun lalu.
Bagaimanapun, hotel itu terus menjalankan operasi menggunakan pintu belakang manakala pintu depan dikunci seolah-olah sudah menutup perniagaan.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata dalam operasi jam 2.30 petang di hotel berkenaan, pihaknya mendapati sekumpulan lelaki warga asing beratur di belakang hotel itu seolah-olah menunggu giliran.
Katanya, apabila menyedari kehadiran mereka, semualelaki terbabit sempat melarikan diri.
“Dalam operasi di hotel itu, enam wanita berusia 19 hingga 39 tahun yang dipercayai pelacur ditahan bersama dua lelaki warga asing berusia 40-an yang dipercayai pelanggan pelacur berkenaan,” katanya.
Menurutnya, dalam satu lagi serbuan di sebuah hotel di Jalan Bunga Raya kerana menjalankan kegiatan sama, pihaknya menahan lima wanita juga dipercayai pelacur berusia 22 hingga 25 tahun.
“Dua lelaki warga asing berusia 20-an dipercayai pelanggan turut ditahan,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment