adsense

09 January, 2008

Lagi gambar Siti bertudung



Harap Hajah Dato Siti Nurhaliza (Hajah Tokti) ni dapat masukkan jambul dia tu..tapi kira ok la dari sorang lagi penyanyi bergelar hajah tu.Opps cabul pulak mulut aku di tahun baru ni..

gambar siti nurhaliza bertudung

gambar siti nurhaliza bertudung

gambar siti nurhaliza bertudung

9 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,
KENAPA SIBUK SANGAT SITI PAKAI TUDUNG....
ITU ADALAH TANGGUNG JAWAB DAN SESIAPA YANG MENOLAK PERINTAH ALLAH UNTUK MENUTUP AURAT - KUFAR NAMANYA.
TAPI DARI GAMBAR SAYA RASA ITU BUKANLAH TUDUNG SEBENAR....
NAMPAK RAMBUT
SAYA DOAKAN AGAR SITI TERUS BERUSAHA BERTUDUNG BENAR-BENAR DAN IKHLAS MELAKSANAKANNYA SEBAGAI SEORANG MUSLIMAT
SITI TOLONG JANGAN BISING-BISING..... DALAM BERAMAL

Anonymous said...

Saya suka Siti bertudung semakin jelita...mudahan dia taklah pakai tudung pakai main lelak aje nampak jambul..dah lah gitu kalau nak pakai pakai ajelah tudung tu jgnlah nak heboh satu mesia lak yg kita nak bertudung..tengok norzie pak wan chek tak cakap apa2pun ttg tudung dah bergelar hajah bertudung litup plak tu...itulah kalau nak berbuat satu2 kebaikan biarlah hanya kita dengan allah saja..apa2pun sy sokong datin siti pakai tudung..harap2 selepas nih pakai leklok ya siti.......

Anonymous said...

x pantenne la kalo siti tak tunjuk jambul...nanti ramai yang tiru trend tuh....ish,ish...banyaknyer dosa siti nak tanggung nanti

Anonymous said...

tak payah lah nak siarkan gambar siti bertudung lagi. publisiti murahan. cukup-cukup lah.... bosan ... bosan...

Anonymous said...

Ramai yang pergi Makkah sekarang ini, tapi bila balik sasiahnya tak seperti orang pergi melaksanakan ibadah Haji (Rukun Islam kelima).
Jika pergi ke Makkah dan keadaan bermewah-mewah hingga membawa pembaziran maka nilai ibadaha haji itu sendiri terlalu MURAH.
Jika membawa pembaziran pula maka ia adalah amalan syaitan, ada ulama mengatakan yang membazir itu syaitan.
RasullAllah melaksanakan haji dengan begitu sukar. Sekurang-kurangnya kita cuba menjejaki perlakuan RasullAllah.
Baru dikatakan mengikut Sunnah. Tapi haji sekarang terlalu bermewah-mewah.
Jadi bagi saya haji yang dilakukan secara sekadar ada - duduk b ersama-sama jemaaah lain dengan sedikit kesukaran dan cabaran maka ia adalah haji yang LEBIH MAHAL nilainya, walaupun tak sampai ketahap mabrul

Lisa Wan said...

Alhamdullillah siti dan suami selamat kembali ke tanahair dan alhamdullillah, sejuk mata memandang akan perubahan yg ada pada diri siti iaitu dengan menutup auratnya dari segi pemakaian jilbab dan tudung... kelihatan aggun, manis dan sekiranya dahulu siti sopan, kini kelihatan lebih sopan... insya-Allah, Allah itu Maha Pemurah dan lisa yakin dan percaya secara perlahan siti akan lebih mengambil berat tentang pemakaian yg lebih sesuai buat seorang Muslimah, maklum ada juga yg memakai tudung tetapi seluar ketat dan baju sendat jadi sama2 kita fikirkan sendiri.

saya rasa antara sebab2 mengapa setiap pengerakkan siti sering diwarwarkan di tv, di media cetakkan dan sebagainya adalah kerana beliau seorang celebriti dan sedikit sebanyak apa sahaja yg dilakukannya baik untuk beramal, berkunjung untuk membuat bakti ke sesuatu tempat kebajikkan sudah pasti diketahui oleh pihak2 media dan juga peminat2 beliau jadi pada saya, nasihat saya pada siti... andai kata nawaitu kita iklas untuk membuat amal dan kebajikkan, buatlah dengan setulusnya, manusia hanya boleh bercakap, memuji, menghina, mengkritik sesama sendiri dan gemar mencari kesilapan org lain dan sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yg lebih mengetahui apa yg tidak kita ketahui dan sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yg boleh menilai keiklasan seseorang hambanya di dalam melakukan amal kebajikan dan bukan kita sesama manusia.

itulah sahaja pandangan dari saya yg daif lagi hina ini...

Anonymous said...

alhamdulliah siti dah mula pakai tudung, baru first time g Haji, at least dia pakai jugak secara perlahan2.. nk compared ngn yg dah pegi Haji berkali2 tu tp balik mesia still x berubah, pakai dedah, x pakai tudung x guna gak...

Anonymous said...

Kata pepatah, "BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT"..

Biarlah Siti berubah perlahan2. Kalau kita berubah secara drastik, lepas tu ditakdirkan Allah SWT kita berundur ke belakang, lagi teruk berbanding orang yg cuba berubah menjadi baik secara perlahan-lahan.

Saya bersetuju dengan pendapat Lisa Wan. Siti Nurhaliza ialah seorang celebrity yang bermaksud orang yang diraikan. Ke mana sahaja Siti Nurhaliza pergi dia akan menjadi tumpuan lensa kamera dan orang ramai. Saya rasa bukan niat dia nak menunjuk-nunjuk. Sama seperti public figures yang lain. Mereka ini public figures dan sering menjadi bualan masyarakat. Oleh itu, segala perbuatan mereka akan/ akan cuba direkodkan oleh pihak tertentu.

Orang yang macam ni kita patut sokong, push supaya jadi lebih baik lagi, bukannya kutuk, caci dsb..Satu permulaan yang baik bagi saya. Harap Siti akan bertudung litup pada suatu hari nanti. Insyaallah..

Semoga Allah SWT merahmati anda semua.

Anonymous said...

okey apa CT nak bertudung... dr kita yg langsung tak terpikir nak pakai... hanya pakai bila ada majlis yg memerlukan pakai kita tudung ... itu permula yg bagus... lawa apa...kita mendoakan dia akan bertudung penuh la pulak.

Blog Widget by LinkWithin