adsense

04 January, 2008

Remaja Kuala Trengganu



Ni gua tambah skit lagi koleksi yang gua dapat dari kawan-kawan gua. Diorang ni bilamana tahu gua masukkan gambar-gambar sebegini dalam alam maya, terus semangat untuk beri pada gua.


Kadang-kadang gua tak nak siarkan gambar-gambar ini, tetapi jika ini tidak didedahkan, bagaimana masyarakat mahu tahu apa isi sebenar yang ada dalam bandaraya KT ini. Biar selepas ini mak ayah perhatikan cara pakaian anak-anak. Boleh diorang sekat awal-awal supaya tidak terlibat dengan geng-geng yang tidak sihat begini.


Ada yang bertanya kepada gua, pakaian dan stail diorang kat bawah ni jenis apa? Punk ke, Gothik ke, Skinhead ke? Susah beb gua nak menjawab. Sebab nampak diorang ni main campur-campur je. Ada ala punk skit, gothik skit, skinhead pun ada skit. Maka, gua bagi jawapan PUNK HADHARI!.









Nota:Gambar-gambar di atas BUKAN BUDAYA KITA. So, jangan tiru la ek!!

Source: http://amdang81.blogspot.com

8 comments:

Anonymous said...

Kalau nak berfesyen pun biarlah kene caranya.....
drpd memalukan kaum, baik xpyh berfesyen terus....

Anonymous said...

Kasihan .... melayu masih lalai.

Anonymous said...

aaaa cuma budak2 baru nak kenal hidup.

kita yang sikit sedar, kena rajin doakan yang baik2 utk mereka.

one day, dengan asas yang kukuh dan berkat doa umat ramai2, baiklah mamat2 ni.

kita tunggu dan tengok, nak?

Lisa Wan said...

yang sebenarnya genjala sosial seperti yg dipamparkan di atas masih boleh kita kawal seandainya semua pihak memainkan peranan terutama sekali di dalam mengawal dan mengawasi budaya2 liar, budaya2 yg kurang elok dari segi aqidah dan syariat Islam, agar tidak terus mengaburi mata anak2 remaja kita yg semakin lalai kerana apa? kerana pintu ke tempat2 maksiat semakin luas terbuka, pintu untuk melakukan maksiat semakin banyak dibuka dan sekiranya pihak2 tertentu tidak mengawal dan mengatasi genjala sosial sebegini dengan lebih arif dan cepat, tidak mustahil ianya akan berlanjutan ke suatu masa yg lebih lama lagi cuma yg sedihnya... ialah takut2 nanti tidak ada kesempatan untuk kembali ke pangkal jalan.

Sebab itu, kadang2 pelik juga apabila ada ruang untuk membawa dan mengajak anak2 remaja kita kembali ke pangkal jalan dan membuatkan kebaikkan tetapi dituduh menceroboh privacy mereka. apabila pihak yg berkuasa yg boleh mentakzir mereka yg didapati bersalah melakukan perbuatan2 yg boleh membawa ke lembah maksiat, mereka pula dituduh mengambil tindakkan yg kurang tepat jadi, siapakah yg sebenarnya yg harus dipersalahkan? anak2 remaja kita sahaja ke? ibu bapa sahaja ke? atau mereka yg cuba untuk menyekat dan mengawal genjala sosial tetapi ditindas itu ke?

astagfirullah... sama2lah kita fikirkan dan renungkan...

Anonymous said...

pengaruh barat......

Anonymous said...

Astaghfirullaahalazeem...

Anonymous said...

dah abis stylo lah tu kunun!!! wawawawawa

Anonymous said...

macam 2 la kalau iman dh xkuat...

Blog Widget by LinkWithin