adsense

13 July, 2007

Bulan Rejab mejelang lagi

Ads by AdGenta.com
Salam sejahtera saudara-saudari seIslam semua,

1. Senyum itu adalah sedekah. Maka bersedekahlah kepada kaum
muslimin-muslimah semua.
2. Bertasbih dan berwirid itu akan menentukan "landscape" kediaman kita diakhirat kelak,
amalkan dengan ikhlas.
3. Hidup ini sebenarnya mimpi. Kehidupan sebenar adalah di Akhirat.
4. Mati syahid dalam keadaan mencari ilmu kerana ianya adalah perjuangan kaum Muslim.

BULANREJAB AKAN TIBA PADA 16 Julai 2007 BANYAK
FADHILAT PADA BULAN INI..MARI LAH KITA SAMA-SAMA MENUNGGU
KEHADIRANNYA..WALALLAHU ALAM..

FADILAT BULAN REJAB

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian
Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah samaseperti berpuasa 100,000 tahun."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."

Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."

__________________________________________________________________________
Pendapat:

Mesejnya, kita ni hari-hari buat dosa, samada sengaja atau tidak. Yang pentingnya kita bertaubat. Dan bulan Rejab inilah bulan yang sesuai untuk kita berbuat demikian. Tak usah tunggu sampai bulan Ramadhan, kita buat sekarang. Silap hari bulan besok Izrail datang

mengunjung!

Kalau rasa-rasa hendak tambah pahala, pi forward e-mail kat kawan-kawan.
Dapat pahala berdakwah.

Tags: ,


Powered by Qumana

1 comment:

Anonymous said...

Salaam.

Pagi ini sewaktu mengikuti siaran radio ada ustaz mengatakan bahawa perkara yang seperti yang disebut dalam artikel ini bersandarkan kepada hadith dhoif. Untuk kepentingan umat Islam dan juga diri sdr lebih baik disarankan agar sdr buat kaji selidik dengan teliti dan sekiranya betul, sdr perlu delete artikel ini kerana dikhuatiri menimbulkan kekeliruan.

Ust yang saya maksudkan ke udara ialah Ust Fauzi dari Tafakul.

Blog Widget by LinkWithin