adsense

23 July, 2007

Malaysia bukan negara sekular,cuma tidak amal teoraksi



GEORGETOWN: Malaysia bukan negara sekular, sebaliknya sebuah negara Islam yang
tidak mengamalkan teokrasi dalam pemerintahannya, kata Naib Ketua Pemuda Umno,
Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, Malaysia meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan termaktub
dalam Perlembagaan Persekutuan menunjukkan negara ini bukan sekular seperti
Turki, Indonesia dan Perancis.

Katanya, konsep negara Islam yang diamalkan Malaysia bukan mengamalkan teokrasi
atau aliran yang menggunakan satu sumber mutlak sebagaimana Iran.

"Negara sekular mengamal konsep pemisahan agama dengan pemerintahan tapi kita
bukan demikian. Kita juga bukan negara teokrasi dengan melihat satu sumber saja.

"Malaysia bukan Indonesia yang mengamalkan Panca Sila. Di Indonesia, rancangan
agama selain Islam turut disiarkan televisyen, tapi kita tidak begitu. Kita juga
bukan Iran yang tiada mahkamah sivil. http : // groups. yahoo. com/ group / gr4b
/ links

"Saya juga sanggup berdebat dengan sesiapa juga yang terus-terusan mengatakan
Malaysia adalah sebuah negara sekular. Bagi saya, Malaysia negara Islam,"
katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan Perwakilan Pergerakan
Pemuda Umno Bayan Baru dan melancarkan jentera pilihan raya Parlimen Bayan Baru
di sini, semalam.

Kelmarin, Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammudddin Hussein, meminta pemimpin
MCA berhenti daripada mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Malaysia sebagai
sebuah negara sekular kerana ia tidak membawa manfaat.

Hishammuddin menegaskan polemik sedemikian tidak harus cuba diperbesar-besarkan
MCA kerana ia tidak membawa kebaikan kepada mana-mana pihak, sebaliknya boleh
memberi kesan negatif.

Khairy berkata, pemerintah Malaysia juga menitikberatkan soal Islam, termasuk
menyalur peruntukan kepada institusi agama dan penganjuran program keagamaan.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin