adsense

07 July, 2007

Malaysia Hampir "Kiamat"



Malaysia Hampir "Kiamat"
Posted on Friday, July 06 @ 15:44:55 MYT by greenboc
Komentar Oleh drfikrah


saKes rogol meningkat - Utusan Malaysia 5 Julai 2007


KUCHING 4 Julai – Kes rogol dan jenayah berkaitan keganasan seksual dikenal pasti antara yang mengalami peningkatan mendadak dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata, kes rogol di negara ini dilaporkan meningkat sebanyak 28 peratus sejak direkodkan pada awal tahun hingga Mei lalu, diikuti dengan peningkatan kes pencabulan.


‘‘Ia merupakan pertambahan kes antara yang tertinggi pernah dicatatkan.

‘‘Selain itu, indeks jenayah dalam negara secara keseluruhannya juga menunjukkan peningkatan pada tempoh yang sama berbanding tahun lalu," katanya kepada pemberita pada Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah di sini, hari ini.

Sehubungan itu, mesyuarat dua hari yang turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Polis Daerah (KPD) akan mengenal pasti punca peningkatan kes dan mencari jalan untuk mengatasinya.

‘‘Mesyuarat yang diadakan tiga kali setahun ini akan melihat apakah bentuk tindakan yang akan menyusul dalam usaha membendung dan menguatkan kaedah pembasmian jenayah," tambahnya.

Menurut Christopher, salah satu daripada matlamat polis sekarang adalah untuk menguatkan hubungan antara jabatan dan unit di seluruh negara seperti yang disarankan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Mengulas kegiatan gangsterisme di Sarawak, jelas beliau, pemantauan dan siasatan polis melalui pasukan khas Ops Cantas Kenyalang masih diteruskan selepas penangkapan lebih 1,300 penjenayah dan ahli kumpulan gengster di negeri ini.

Ulasanku
Sebenarnya, kita tidak perlu hairan dengan berita yang disajikan seperti ini, mungkin disebabkan sudah jemu dengan "hidangan" yang sama setiap hari atau ia sudah menjadi suatu yang tidak pelik. Mungkin anda juga terfikir, kenapakah masalah ini tidak menemui penyelesaian? Setiap kes rogol, sudah pasti dibicarakan, tetapi kes rogol masih berterusan, malah semakin meruncing hari demi hari.

Siapakah yang perlu dipersalahkan di dalam masalah ini? Atau, siapakah yang bersalah? Untuk menyelesaikan masalah ini, kita perlu membuat pemerhatian di dalam banyak skop, contohnya, sebab, tempat, cara dan bila berlakunya kebobrokan ini.

Sebab
Apakah sebab berlakunya kes rogol di Malaysia? Apakah sebab peningkatan kes tersebut? Cuba kita perhatikan di sekeliling anda yang dipenuhi dengan masalah sosial. Dari manakah mereka boleh mendapat "idea" untuk melakukan ROGOL? Sudah pasti ia didedahkan secara umum. Bukankah anda boleh lihat sendiri di seluruh pelusuk negara "yang tercinta" ini, anda akan mendapati bahawa "idea-idea" untuk mendorong seseorang melakukan ROGOL, tersebar dengan meluas dan mudah didapati.

Mana tidaknya, pergi ke kedai kopi, di hadapan kedai sudah terpampang gambar perempuan yang berbogel mengempen kopi. Apabila televisyen dibuka, model-model yang menjadi pemberita atau pengulas. Apabila membaca akhbar, "pelacur-pelacur" menjadi bahan pengiklanan. Apabila melayari internet, gambar-gambar pelakon seksi memenuhi ruang web.

maj

Cuba perhatikan sendiri, di sekeliling anda penuh dengan galakan kepada peningkatan kes rogol. Bilakah ia mampu diselesaikan sekiranya "senjata-senjata" ini masih dibiarkan bertebaran di media massa dan akhbar! Adakah mereka menjadi duta untuk merosakkan rakyat sendiri?!! Bayangkan sendiri, tidak mustahil satu hari nanti pemberita pula akan berpakaian seksi! BODOHNYA!!

Tempat
Di manakah tempat-tempat yang menyebabkan peningkatan kes-kes rogol? Saya pasti anda akan mengatakan Lorong Haji Taib, Chow Kit dan sebagainya. Mengapa perlu berfikiran sempit? Adakah anda dan keluarga anda sudah terselamat daripada kes rogol sekiranya jauh dari lorong-lorong tadi? Tengoklah sendiri kes bapa merogol anak sendiri.

Bodohnya kalau hanya mengatakan bahawa disko, kelab pelacuran dan sebagainya sebagai tempat pemangkin kes-kes pelacuran. Mengapa tidak dilihat dari sudut yang lebih meluas? Adakah bapa yang merogol anak sendiri, melakukannya di Lorong Haji Taib? Kes ini sangat berkait rapat dengan sebab.

Anak mendedahkan aurat "yang tidak boleh dilihat" oleh si bapa dengan "selamba" sahaja. Sudahlah si bapa jenis tidak boleh pakai, dilihat anaknya pula seksi tak tentu pasal, sudah pasti Haruan membaham anak sendiri!!

Perkara ini tidak perlu dibincangkan dengan labih mendalam kerana tempat-tempat yang menjadi tumpuan "kes-kes rogol" semakin dikembangpesatkan di seluruh Malaysia. Di sinilah "pusat-pusat latihan" bagi seseorang untuk menjalani beberapa latihan untuk menjadi PEROGOL PROFESSIONAL!!!

Kesimpulan
Pada hakikatnya, manusia tak mampu untuk membendung gejala yang dihadapi. Tetapi "mereka" angkuh dan sombong dengan mengatakan "kami berkuasa dengan undang-undang yang ada pada kami". Bertambah teruk, mereka menghina pula undang-undang yang telah digariskan oleh Allah SWT yang mencipta mereka daripada AIR MANI.

Tidak terasa hinakah wahai pengkritik undang-undang Allah?!! Sungguh melampau kata-kata kesat mereka menghina hukum Allah seolah-olah ia dipandang jijik dan kejam. "Kalau orang yang berzina direjam, habislah batu di Malaysia. Bagaimana hendak baiki jalan?" Inilah kata-kata mereka yang bakal direndam di dalam timah cari di neraka!!
FIKIRLAH WAHAI MANUSIA YANG MEMPUNYAI AKAL!!
!

1 comment:

ars said...

selagi umno memerintah, selagi itu isu ini tidak akan selesai. kerna pemmimpin2 umno itu terdiri dpd org yg berterusan lakukan dosa buka aurat, bersalaman lelaki prempuan yg bukan muhram. perkara kecil spt itu mka gagal taat perintah Allah, apa lagi jika didedahkan dgn rasuah, projek berjuta2 dll. dlm otak peminpin mka2 ini, hanya duit duit duit. penyokong hanya terlopong bangga kerna pemimpin mka kaya raya.

Blog Widget by LinkWithin