Subky Abdul Latif Mon | Jul 02, 07 | 12:04:33 PM | |
JIKA sejak wujudnya negara haram Israel, dunia disibukkan dengan usaha mendamaikan antara Palestin dan Israel, tetapi kini ditambah pula dengan isu mendamaikan antara Palestin Fatah di Tebing Barat dan Palestin Hamas di Semenanjung Gaza. Tipu daya Bill Clinton semasa menjadi Presiden Amerika berjaya mewujudkan konsep negara Palestin baru di tengah Israel iaitu di Tebing Barat dan Gaza dan terbentuklah kerajaan Palestin, tetapi pelaksanaan konsep Palestin itu tidak sempat dilaksanakan oleh Clinton. Wilayah Palestin baru itu sudah ada, diiktiraf oleh masyarakat antara bangsa, antara diterima dan tidak oleh Israel, dan tidak diterima oleh Hamas. Palestin Hamas ialah apa yang ada pada Israel itu. Pembentukan Palestin baru yang antara diberi laluan dan tidak diberi laluan oleh Israel masih dalam proses. Dalih Israel melambatkan pembentukan itu kerana tidak dapat menerima pimpinan Yasser Arafat dan kerananya secara teknikal Arafat dibunuh. Sesudah pimpinan baru tajaan Israel, Mahmoud Abbas menggantikan Arafat, Palestin yang sekangkang kera itu masih belum muncul sepenuhnya. Dan Israel beroleh dalih baru untuk menunda pembentukan itu apabila Hamas memenangi pilihan raya bebas Palestin. Bagaimana sukarnya Turki untuk mengaggotai Kesatuan Eropah, maka begitulah sukarnya Israel dan dunia Barat untuk mewujudkan kedaulatan Palestin yang bersaiz kecil itu. Kalau dulu bangsa Palestin dianggap dunia Barat sebagai pengganas, maka pengganas itu sudah dikecilkan kepada Hamas saja. Jika Israel tidak menghentikan penyembelihan ke atas umat Palestin, ialah kerana adanya kekuatan Hamas yang mengancam itu. Jika Hamas itu dapat dihapuskan, maka Fatah dan Palestin sekalian akan menjadi pengganas semula pada Israel dan pelindungnya. Dari mula kemenangan Hamas kerajaannya dipulaukan oleh dunia Barat. Ia menyebabkan dunia Arab kurang gembira dengan kerajaan pimpinan Hamas, dan rata-rata kerajaan Arab tidaklah tertarik kepada kerajaan Islam. Sekalian yang menyokong Palestin tidak seronok dengan kerajaan Hamas pilihan rakyat Palestin. Yang bersimpati dengan Palestin sekalipun ia ditadbirkan oleh Hamas nampaknya Raja Arab Saudi saja. Dari mula Hamas membentuk kerajaan ia sudah berada di ambang perang dengan Fatah. Mahmoud Abbas itu sendiri tidaklah disenangi sangat oleh Arafat dulu. Pernah dia dicalonkan menjadi Perdana Menteri semasa Arafat masih ada. Tetapi tidak sesuai dengan Arafat dan dia berhenti. Ketika sidang antarabangsa di Kuala Lumpur, Fatah mengirim menteri luarnya dan diterima pula oleh negara tuan rumah. Menteri luar yang sah dari Hamas datang saja kerana tempatnya diberi kepada menteri luar yang tidak sah. Ia adalah gambaran sikap kerajaan Malaysia dalam isu domestik Palestin. Kira-kira tembak menembak antara Hamas dan Fatah baru bermula, Raja Arab Saudi cepat-cepat menganjurkan pertemuan perdaiaman Hamas-Fatah di Mekah. Presiden Abbas dan Perdana Menteri Ismail Hanayeh dipertemukan dan terbentuklah kerajaan perpaduan. Sekalipun susah tetapi Raja Makkah saja yang mengambil berat masalah Palestin itu. Usaha Raja Makkah itu tidak disukai oleh Amerika dan Eropah. Dan dunia Arab yang antigerakan Islam dalam negara masing-masing tidak seronok sangat Palestin dipimpin oleh kerajaan pro-Islam. Apabila berlaku tumpah darah di Palestin, Fatah menguasai Tebing Barat dan Hamas menguasai Gaza, cepat-cepat Presiden Abbas membubarkan kerajaan Hamas dan membentuk kerajaan anti-Hamas. Cepat-cepat Liga Arab mengiktiraf pimpinan Presidan Abbas dan disegerakan sidang kemuncak di Mesir antara Hosni Mubarak, Raja Abdullah dari Jordan, Presiden Abbas sendiri dan Perdana Menteri Israel, Olmert. Sidang puncak yang disertai Israel itu menyokong Abbas dan kerajaannya. Memang itulah yang dikehendaki oleh Israel dari mula. Kehendak Israel telah dapat dilaksanakan oleh kerajaan Mesir. Raja Makkah yang menaja kerajaan perpaduan Palestin agak lambat bertindak. Sesudah Mesir, Jordan dan Israel menyatakan sokongan kepada Abbas, baru Arab Saudi menyuarakan supaya didamaikan semula Fatah dan Hamas. Pendiriannya kekal begitu tetapi ia sudah payah dirombak. Selepas itu timbul tindakan Barat pimpinan Bush yang tidak popular di negaranya, mengangkat Tony Blair yang baru meletakkan jawatan Perdana Menteri Britain untuk menjadi duta khas bagi menyelesaikan ketegangan Palestin dan Israel. Telah timbul di Barat beberapa hari sebelum Tony Blair bersama, media mensifatkan dia adalah 'anjing Bush'. Peranan terbaru Blair itu akan membuktikan dia seperti betul-betul 'anjing Bush'. Bush adalah 'anjing Israel. Apa yang dimahu Israel itulah yang Bush mahu. Dan apa yang Bush mahu itulah yang Tony Blair kena buat. Tugas pertama Blair ialah membuat apa yang Israel dan Bush mahu. Tugas keduanya ialah membuat apa yang Abbas dan Fatah patut buat seperti yang Israel dan Bush mahu mereka buat. Yang ketiga kalau ada barulah Blair buat apa yang rakyat Palestin mahu. Sepanjang isu Iraq, Blair tidak ada pandangan dan sikap yang lain dari mengikut kemahuan Bush. Kemahuan Bush itu tidak disukai oleh masyarakat Amerika dan oleh Kongres Amerika sekarang. Semua pihak tidak suka Bush. Tetapi itulah yang disokong dan disukai oleh Blair. Sepanjang isu Palestin yang setiap hari disembelih Israel, Bush tidak pernah simpati kepada nasib Palestin. Dia seronok dengan pembunuhan Palestin setiap hari itu. Tony Blair tidak pernah kesian dengan nasib Palestin sepanjang Bush berkuasa. Maka bagaimana Blair mahu menjadi orang yang boleh memberikan keadilan kepada Palestin. Blair bukanlah orang yang disukai sangat di Britain. Media di Londonlah yang memberi jolokan 'anjing Bush' kepadanya. Lawrence of Arabia membuat sesuatu untuk Yahudi membentuk Israel. Kerajaan British masa itu melakukan sesuatu supaya Yahudi ada negara. Blair sekarang datang bukan dengan fikiran sendiri, tetapi datang membuat sesuatu untuk Palestin seperti yang Israel mahu./tajdid |
ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
03 July, 2007
Mendamaikan Palestin-Israel dan Palestin-Palestin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment